Paratha Cheese Yummy

10:04:00 AM

Hari ini nak share resepi Paratha Cheese.
Credit to my dear office mate kak zera and tuan asal punya resepi Kak Hani.
Hari Jumaat dapat resepi, Sabtu terus buat ok!
Alhamdulillah memenuhi citarasa mak, ayah & hubby.
Sampai licin hubby makan sorang2. * nie ayat angkat bakul sendiri. haha

Bahan-Bahan

1. Roti Paratha :  (readymade ade barand lazat, kawan & dll)
* Sebenarnyer sy tak sure betul ke tak ni roti paratha. Sebab tak de tulis pun. Yang penting Halal. Tapi rupa dah ala-ala paratha. Saya beli kat Pasaraya Econsave Semenyih brand Mission Wraps. Saya amik yang Original and Garlic taste. Price range RM 5-6 if tak silap.

2. Cheese
* Guna slice yang biasa pastu leh ptotng2 je. lagi jimat. Saya kebetulan dalam peti ais ade mozarella cheese

3. Mayonis 
* Pilihan Lady Choice tetap di hati.

4. Sos spagethi 
Saya pilih Prego Tradisi. Pakai tomato puree pun boleh jgak.

5. Daging Cincang 
Saya guna brand Ramly Burger yang menjadi pilihan kami sejak kecil. hehehe. Nak guna daging burger pun boleh. Tapi kna hansurkan sendiri la nanti.

Cara-Cara Memasak Gaya Mama Merah.

1. Macam biasa nak masak sos spagethi. Tapi yang kurang kuah la kan. sebab nak masuk dalam roti paratha. Tumis bawang putih dan masakkan daging cincang dulu. Boleh juga nak masukkan bawang bombay cincang.
Add ckit black pepper pun boleh kalo nak pedas. Done for inti.

2. Panaskan roti paratha dalam pan. Masak sampai roti half cook. Then, dalam pan jugak letak dan ratakan inti pada separuh bahagian roti paratha.

3.Taburkan mozarella cheese. Then letak mayonise. fuuhhh....mmg melemakkan!

4.Lipat dua roti paratha. Terbalikkan sampai cheese dah mula cair and roti paratha dah melekat dengan inti.

Sedia untuk dihidang...Boleh potong kepada 3 slice. senang nak makan ramai2.

Bak kata kak hani dijamin sedap bagi sangat mengemmari cheese!

Selamat mencuba!

You Might Also Like

8 comments

  1. dear qah macam tak faham time panaskan paratha dalam pan tu then dalam pan tu juga sumbatkan inti dalam pratha tu pastu masukkan cheese n mayonis?
    sorry laa qa tak dapat capture de rules...hope dapat sharing k.. PM me dalam FB ok kot..^^

    ReplyDelete
  2. mcm sedap je...nak cuba la jugak...hehe...

    ReplyDelete
  3. wow..menyelerakan..masa preggy ni mmg suke sgt cheese..

    ReplyDelete
  4. nuyum2,,looks yummehh.nanti nak cuba gak after abis pantang ni,hihi

    ReplyDelete
  5. @Atiqah Adnan

    Qah...faeza susahla bukak FB kat ofis. sorryer.

    Yes. Dalam pan kita panaskan roti paratha tu pastu masukkan inti pada half roti je. then lipat 2. sorry kalo tak paham please email faeza yer. aisheiteru@gmail.com

    ReplyDelete
  6. @ladysara84

    Yes. boleh tambah calcium for baby dalam perut.

    ReplyDelete
  7. @Shakina Farhan Yes. boleh tambah calcium for baby dalam perut.

    ReplyDelete
  8. @ReYNahehe. tak sabar nak abis pantang la tu!

    ReplyDelete