CH #1 : The Journey to Cameron Highlands

9:09:00 AM


Actually dah beberapa kali sy & rakan2 plan untuk ke Cameron.
Tapi asyik tertangguh kerana semua ade komitmen yg tidak dapat dielakkan.
Since sekolah pun dah bermula. Now time kami plak bercuti.
Sementara anak-anak tak sekolah ni, blehla bercuti sesuka hati.
Alhamdulillah, walaupun hanya 2 hari 1 malam. Kami sgt puas hati.
Tapi penatnya macam panjat gunung plak. hehe

Perjalanan dimulakan seawal pagi. Selepas subuh.
Gedebak gedebuk jam 7.15 baru kami bertolak dari Sepang.
Cikmerah mmg tak mandi. Hubby terus angkat masuk dlm kereta & sambung tido dgn nyenyaknya.
Memandangkan sy & rakan2 dr tempat berlainan. Kami janji berkumpul di RNR Rawang jam 8 pagi.

Sy keluarga pertama sampai di RNR Rawang.
Bangunkan cikmerah utk dimandikan sementara yg lain tak sampai lagi.
Sebelum naik ke CH...kami breakfast dulu. Sy sempatla wat tuna sandwich.
And beli Nasi Lemak sedap kat RNR Rawang.

Perjalanan diteruskan hampir 10 pagi.
Kami plan melalui jalan baru ke Cameron. Exit Simpang Pulai.
Jalan yg lebih selesa. Selekoh tak beberapa tajam. Jalannya agak besar compare to Tapah.
Just nice utk org2 seperti sy yg mmg alergic jalan2 berselekoh.
Tapi jalan ni tak dapatlah melalui Lata Iskandar yer.

Sebelum naik ke Cameron ade Stesyen Minyak Petronas di sebelah kiri.
Bolehla isi minyak di situ. Tapi jangan risau sebab dekat Pekan Brinchang pun ade stesyen minyak.
Terdapat byk pondok2 kecil yg menjual petai, durian madu & dll on d way naik ke CH.
Hubby siap plan balik nti nak singgah beli petai.

Memandangkan kami dari Simpang Pulai menuju ke Tanah Rata.
Kami melalui byk tempat2 persinggahan seperti Water Crest Valley, Teh Bharat Plantation, Taman Rama-Rama, Bee Farm, Kea Farm, Pekan Brinchang & byk lg tempat persinggahan.

Kami hanya meneruskan perjalanan ke Tanah Rata.
Kami sampai ke Brinchang lebih kurg jam 1 tengahari.
Its time to lunch before check in hotel.


on d way from Simpang Pulai
Menuju ke hotel kami

Kami memilih untuk stay @ Century Pines Resort & Hotel.
Feeling ala2 Adam & Hawa la kononye.
Tapi kami amik bilik biasa jer. So tak der Garden.
Book tru Agoda.com dapat rate RM 245 for Superior Room + breakfast (including tax)

42 Jalan Masjid  39000 Cameron Highlands
05-491 5115

Overall, just OK. Tapi ade beberapa yg satisfied sgt. Furniture ala2 old school gitu.
Tapi utk tido jer kan. mak ok jer! Aircond is centralized yer. Tak leh nak adjust2.
Tapi Breakfast byk pilihan.

Actually byk jer hotel & resort kat Cameron. Lowest budget pun ader.
Kitaorg pun confius mana yg ok. Main belasah jer baca blog & pendapat org.
Memula tu confius jgak nak book hotel kat Tanah Rata or Brinchang.

Tanah Rata vs Brinchang

Bagi sy mmg prefer kat Tanah Rata compare to Brinchang.
More comfortable.  Tak crowded compare to Brinchang.
Kemudahan pun byk such as Balai Polis, Hospital, Stesyen Bus (kalo naik bas la kan)

Brichang pun OK bagi yg suka walk in jer. Brinchang is best place to stay.
Just walk in to Night Market. Tempat2 menarik pun byk di Brinchang.

Terpulang kepada anda! yg mana selesa utk anda & family...

Sebelum ke CH kami byk refer di blog Mr. Kumai salah seorg penduduk CH yg berkongsi info & tips ke CH.

Sementara tgu proses check in hotel.
Kita bergambar di lobi hotel.

Jomla share tips & experience ke Cameron!


You Might Also Like

0 comments