Gadget & Kanak-Kanak. Apa pendapat mommy semua?

9:41:00 AM

Kisah minggu lepas menyebabkan sy terpanggil untuk menulis entry ini

Last week, selepas membeli barang dapur di sebuah pasaraya,
saya dan mak mertua + cik merah bersarapan pagi di sebuah kedai mamak. 
Sedang menikmati roti canai bersama teh O, datang seorang yg boleh digelar atuk bersama 2 cucu perempuan makan disebelah meja kami.

Si cucu masing-masing membawa gadget/tab mereka masing2.
Bila mereka duduk di kerusi masing2 sibuk dgn tab gadget mereka.
Si atuk pula menguruskan urusan order makanan.
Apabila makanan sampai. mereka makan sambil menonton video di gadget mereka.

Apalagi cik merah terus ralit melihat kakak2 kat sebelah tu sibuk dgn gadget mereka...

Cik Merah : "Mama, nak IPAD"
Mama:  "Papa kata, time makan tak boleh main IPAD, nanti kotor"
Cik Merah :  "Kotor?"
Mama : "Yer Kotor. Balik rumah nanti kita main IPAD ok".

Lesson Learned untuk saya!

Situasi itu menyedarkan dan memberikan sy peringatan supaya gadget/tab tidak sepatutnya berada di meja makan ketika makan. Selain ia akan menyebabkan gadget itu kotor, ia menyebabkan anak-anak tidak fokus pada makanan yg mereka makan. End up...makanan tak habis. Malah kita telah diajar untuk tidak makan di dalam makmal komputer sejak dari sekolah lagi.

Kita juga tidak digalakkan menonton tv ketika makan. mak sy paling tak suka sebab bila makan mata tgk tv, nasi bersepah! sy adik beradik mmg suka makan depan tv.

Humairah & IPad

Tidak dinafikan, sy mengenalkan komputer/IPad kepada Humairah seawal dia berusia 6 Bulan lagi.
Alasan biasalah anak-anak zaman sekarang!

Dulu kecik tak pandai mintak, now memang suka sgt la kalo dapat IPad.
Tidak dinafikan IPad sedikit sebanyak memberi impak yg positif pada perkembangan cikmerah.
Dapat mengira 1 2 3, mengenal ABC, menyanyi lagu alif ba ta.

Ade juga pendapat yang mengatakan lebih baik kanak-kanak diberi bermain games daripada menonton TV/ youtube. Bermain games memerlukan permikiran dan menyebakan otak kanak-kanak berfikir. Tetapi jika menonton TV/youtube menyebabkan anak-anak leka.

Bagi sy memang ade kebenarannya. Sy mengenalkan Humairah youtube sejak 2-3 bulan yang lepas kerana tak sempat nak download video2 baru. 
Kalau dulu, sy suka untuk download video lagu kanak2. 
Now, dia dah pandai request nak video cara buat cookies, video kanak2 cooking la. 
Tapi satu yg sy perasan cik merah tidak suka menonton cerita kartun kecuali Upin Ipin.

Beberapa minggu sy kenalkan youtube dia dah pandai explore sana sini.
Dah tak nak main game yg sy install dalam IPad. Nak tgk youtube jer!
Kalau dah mengadap youtube memang leka sangat! Mama cakap pun buat tak layan jer.

Apalagi mama pun jadi raksaksa IPad!

Tindakan mama cik merah!

 1.Sorokkan IPad. Selalunya sy akan kata IPad tertinggal kat Ofis
2. IPad selalu off mode.
3. IPad tiada battery. Tunjuk kat cik merah tak boleh on!
4. Delete application You tube!
5. Papa tak bayar internet, tak boleh tengok youtube. So, main game dalam Ipad jer
6. Rumah nenek tak de internet. Off wireless kat Ipad!

Selama 3 minggu sy quarantine IPaD. Inilah Akibatnya....

1. Cik merah tidak lagi meminta IPad bila mama balik keje.
2. Buku bersepah! 

Pendapat sy tidak salah memberikan anak gadget.
Tapi perlu ade peraturan dan had. Jgn sampai mereka leka.

Oh yer, antara peraturan nak main IPad kat rumah, kemas mainan pada tempat asal! berlari susah payah cik merah kemas mainan. Lepas mama dh check tiada mainan bersepah baru boleh dapat IPad. Sebelum nak IPad wajib kiss mama dulu!

Jom share anda punyer experience plak!


 



You Might Also Like

12 comments

  1. sama la tutup jugak you tube dan play store kalau tak reza download game macam2.. tapi kat kedai kadang2 buka sebab ranea tak duduk diam

    ReplyDelete
  2. Semua pun ade pro and cons kan...Dari segi learning, kita rasa mudah sebab download je learning application yang byk dlm playstore tu..Tapi kalau dah smpai addicted asyik nak hadap tab/Ipad je, kita panggil pun tak layan sebab khusyuk sangat dgn tab/Ipad, susah jugak kan.Jadi leka...Sy pun selalu sorokkan tab. Bila takde tab, boleh je dia main mainan lain or bukak buku...
    Bab makan depan tv, masa kecik dulu ayah selalu marah sebab anak-anak makan mengadap tv. Dia terus tutup tv and cakap "ini semua syaitan ni.."..huhu..terus anak-anak semua habiskan makanan cepat2..

    ReplyDelete
  3. mmg bdk zaman skrg x dpt nak di pisahkan dgn gadget..sama la situasi mcm lin..kalau time mkn kt kedai last choice nak bg dia dok diam lin akan buka video upin ipin dr hp lin..baru dia akan makan n dok diam..ermmm...kalau x abis dia nk cuba keluar dr bby chair tu.. :(

    ReplyDelete
  4. wow..rambut humairah dh byk..pnye la lama xjumpa..alya still the same..halus je rambutnye.

    ReplyDelete
  5. afif yun perasan lambat ckp..and one reason yun rasa puncanya,sbb byk sgt tgk ipad..thats why,yun skang da kurangkan...klu asik menghadap bende tu mmg badan pn senget2...geram kdng..huhuhu

    ReplyDelete
  6. Setuju sangat2, sekarang ni kita memang tak boleh lari daripada pendedahan gadget. Kalau tak intro kepada anak2, nanti ketinggalan pulak sedangkan teknologi berubah dengan cepat sekali. TAPI, mesti ada kawalannye. Kita sebagai ibu bapa jangan ambil kesempatan dengan kelekaan anak2 terhadap gadget. Berapa lama penggunaan, apa yang ditonton semua kene kawal.

    ReplyDelete
  7. Qaleef dah setahun 2 bln..dah pandai amik tab bg kat kite sambil ckp boboboy...nak soh bukak..mmng melekakan..risau.akak pon sokong pasal men game tu..tp qaleef tak pandai lg..huhu..biler kat kdai mkn..akak lekakan die ngn tab sbb kalau tak kiteorg tak ley mkn..sbb die taknak duduk diam..not gud kan...hurrmm...nnti jd habit pulak...haaiihh

    ReplyDelete
  8. sekarang budak2 xboleh pisah dngan gadjet. Silap2 henpon mak apak sekali rebut. hehehe

    ReplyDelete
  9. Bagus tindakan mama cik merah nie....tak salah sekiranya mereka celik IT tapi budak2 tak blh terlalu byk khayal dengan gadget, hilang motor skills esp on writing....lama kelamaan dorang dah biasa nak disogok dengan benda2 mudah...

    ReplyDelete
  10. walaupun saya bukan mama, saya nak bagi pendapat jugak sebab ada ank sedara yang memang obses dengan game! tak kira lah di tab handphone dan gadget-gadget lain. saya tahu jaga budak memang sangat penat, last resort untuk kita rasa senang dan tak penat adalah dengan memberi mereka gadget sebab masa tu mereka akan duduk diam. but yes, ada pros and cons. kita tak tahu apa akan jadi pada mereka bila mereka besar nanti sebab masa zaman kita dahulu tak ada benda ni semua. mungkin mereka akan jadi lebih bijak (sebab lebih banyak terdedah dengan dunia tanpa sempadan dan ada kajian mengatakan kalau budak lebih suka main game, daya peka mereka akan lebih tinggi) atau mungkin sebaliknya. Good luck mommies out there!

    ReplyDelete
  11. Dedahkan anak2 dengan kemudahan IPAD tak salah ..Dah 2013 , silap2 bila diorang ke sekolah, IPAD menggantikan komputer dkt makmal. hehe.

    And banyak lagi boleh diajar dekat IPAD. Again, cara kita perkenalkan. Im not a mommy yet, expecting hehe. But Im a preschool teacher and most of the kids in my school knows what an IPAD is. Advance semua kan. Mak bapak pulak mampu. Cuma cara kita perkenalkan IPAD tu beri pengaruh pada kanak2. Kalau mula2 perkenalkan sbg tools utk belajar insyaAllah ok. Kalau kita perkenalkan untuk ajar solat, mudah2an dia rajin . Kalau kita download apps mengaji, mana tahu dia jadi tahfiz insyaAllah. Terpulang pada cara kita kendalikan IPAD tu.

    Ewah cikgu mengomen. hehe. first time visiting your blog though. :)

    ReplyDelete