Perginya Seorang Ayah

9:24:00 AM

Assalammualaikum.
Salam Jumaat.

Hampir 2  minggu rasanya membiarkan blog ini sunyi tanpa kata.
Last week, berkursus di INTAN dari Isnin smpi Khamis.
Stress mengadap kesesakan lalu lintas. Camana la korg yg keje kat KL mengadap hari2.
Aku rasa tak sanggup.....

Jumaat sengaja ambil cuti nak pulang ke rumah mertua.
Since husband ke Jeddah belum lg pulang ke rumah mertua.
Ambil peluang 2 hari ke rumah mertua. Jumaat & Sabtu. Bawak Humairah jumpa nenek & atuk.
Sabtu petang ikut mak ayah balik  Melaka.

Ahad ketika on d way pulang dari Melaka, MIL call bgtau FIL jatuh bilik air.
Sy terus ajak mak & ayah ke rumah mertua. Whatsapp husband beritahu the condition.
Kalo boleh balikla emergency tengok ayah.

Tidak sampai 15 minit, husband plak call dr Jeddah beritahu ayah mertua dh meninggal dunia.
Ya Allah...perkara berlaku terlalu pantas. Hanya beberapa minit selepas bercakap dgn husband.
Tak mampu nak ckp dgn husband lama2.
Husband just pesan "Uruskan jenazah secepat mungkin, jangan tunggu abang"

Alhamdulillah jenazah diuruskan dengan senang.
Terima kasih kepada semua pihak yang membantu.
Sebelum maghrib jenazah telah selamat dikebumikan.
Arwah pergi tepat 2 minggu selepas arwah adiknya meninggal dunia.

Sejak berkahwin dan mengenali arwah, arwah seorang ayah yg humble.
Sy tak pernah ada masalah dengan arwah sebab arwah seorg yg jenis tak banyak cakap.
Cucu-cucunya pasti merindui arwah kerana arwah adalah atuk yg sangat penyayang.
Semua cucu sgt rapat dengan atuk.
Semoga MIL tabah menghadapi dugaan ini.

Mama doakan ayah tenang di sana. Semoga arwah ayah, Mohd Zahir Bin Samsudin ditempatkan dikalangan org2 yg beriman.

Al-Fatihah.


You Might Also Like

20 comments

  1. Innalillah...
    Salam takziah. Semoga roh arwah ditempatkan bersama para solihin..
    Al-Fatihah..

    ReplyDelete
  2. Alfatihah utk fil..dan takziah tuk semua...

    ReplyDelete
  3. Takziah kak... Al-fatihah... Ros pun xsmpat nak jumpa fil.. :(

    ReplyDelete
  4. Dari DIA kita datang kepada DIA kita kembali..

    Takziah buat Faeza dan suami sekeluarga.
    Semoga Arwah ditempatkan dikalangan para solihin.. aamiin..

    Al-fatihah

    ReplyDelete
  5. Al- Fatihah~ Semoga rohnya di cucuri rahmat..

    ReplyDelete
  6. takziah dear, semoga arwah ditempatkan dikalangan hamba-Nya yg soleh.. amin

    ReplyDelete
  7. Al fatihah..semoga arwah ditempatkan ditempat orang2 beriman... takziah sis...

    ReplyDelete
  8. Innalillah...

    Salam Takziah buat keluarga..

    ReplyDelete
  9. takziah sis,semoga arwah ditempatkan dikalangan hambaNya yg beriman.amin

    ReplyDelete
  10. salam...

    takziah buat puan, suami & seluruh keluarga MIL...semoga rohh aruah dicucuri rahmat & ditempatkan bersama org2 yg beriman...

    ReplyDelete
  11. Al-Fatihah untuk seluruh keluarga..

    ReplyDelete
  12. takziah dari saya juga buat faiza sekuarga..mga arwah diampunkan dosanya dan ditempatkan dikalangan solohin.pantasnya arwah pergi seperti tidak sabar menghadap ilahi.inilah tanda org yang Allah kasihi..amin.

    ReplyDelete