2nd Pregnancy : 29 weeks

12:32:00 PM

Pejam celik dah hampir 29 weeks.
Rasa masa berlalu begitu pantas.
Rasa cepatnyer perut membesar time 2nd pregnancy ni.

Harini checkup dengan doktor KK.
Baby menyorok. Doctor tak dapat cari gender baby.
Misi mencari barang haruslah dineutralkan.

Masalah adalah pada mama.

1. HB rendah

Bacaan HB sgt rendah iaitu 9.6 sahaja. Terus nurse minta refer doktor.
Bila nurse tanya, betul ke cara makan ubat. Sy jawab la betul. Padahal ikut mood. Kekadang terlupa memang tak makan. Kekadang tu main belasah jer waktu makan ubat tambah darah ni.

Nurse suggestkan makan kurma & kismis setiap hari. Kalo ade air zamzam lagi bagus. Tapi pregnant kali ni susah betul nak makan kurma. Tak berapa nak kna dgn tekak.

Nurse juga cadangkan sy beli ubat di pharmacy iberet folic. Alhamdulillah walaupun bacaan hanya 10.6 tapi doktor kata ok.

Harga Iberet Folic ni RM 29.90 kalo tak silap. Ade 30 biji.
Cadangan makan 30 minit sebelum sarapan atau makan sebelum tidur malam.


2. Uri /Plasenta di bawah sedikit

Doktor mentioned uri agak ke bawah sedikit. Sy kna repeat jumpa doktor pada 32 weeks.
Doktor just advice elakkan angkat barang2 berat.
If ade bleeding wajib terus ke hospital serta merta utk rawatan selanjutnya.
Sy sgt risau. Semoga Allah melindungi kandungan sy ini.

Dr.Zubaidi ade membincangkan tentang Uri Bawah (Low Lying Placenta)

3. Urine Test tidak normal

Agak membimbangkan jgak bila doktor kata takut ade jangkitan kuman.
So, kna banyakkan minum air masak. Lagi byk kita minum & kerap buang air akan flush la kuman2.
Tu la....selalu sgt pepagi minum Milo Ais. huhu.

To all mommies & readers.
Jom la share tips or experience tentang masalah di atas.

Semoga Allah lindungi sy & kandungan. Ameen...
Semoga sy tabah menghadapi segala dugaan dari Allah.

You Might Also Like

18 comments

  1. faeza, bagus iberet folic ni. aku dulu mmg ni je satu2nya ubat aku telan. huhu :)

    ReplyDelete
  2. kena jaga diri leklok ye...sy dulu hb mmg rendah gak.....sbb xleh telan lgsung ubt pregnant yg ke2 ni.....tawakkal je la....last2 kn cucuk inferon.....sbb jatuh smpai 8.....Alhamdulillah masa bersalin hb normal semula....uri ke bawah ni ikut je suggestion doc tu...kakak ipar penah dapat placenta previa stage 4.....3 bln sblum bersalin kena tahan di wad smpaila bersalin.......so nk xnak doc suggest kena caeserian.......baby pun melintang.....

    ReplyDelete
    Replies
    1. TQ sis. semoga semuanya dipermudahkan. In Sha Allah.

      Delete
  3. Prob hampir sama tuk sy 2 nd pregnancy ni...apepun bykkan berdoa smga semuanye selamat n chat...mmg minum air byk tu bgs....sy mkn kurma tuk naikkan hb...n yg pling pntg jaga kebersihan di zon v tuk elak jangkitan kuman....

    ReplyDelete
  4. iberet folic tu blh membantu utk naikkan hb. saya dlu pun sama. konsisten mkn waktu mlm, sebelum tdor. insyallah blh bantu. kurma and kismis slalu amal, bagus tu. bab urine test tu, saya dlu mcm tu jugak. then kena pandai ngelat sket. a day b4 nak g check up, minum air masak bnyk2. pagi2 sebelum pegi perut kena kosong, just plain water baru urine akan ok. klau mkn sket, harus kotor.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalu nyer mmg x minum aper? Tapi haritu tgu lama sgt. Minum susu strawberry dulu. hehe

      Delete
  5. saya pon masalah hb rendah.. week 28, tadi check up siap kena marah dengan doktor & nurse.. huhu.. muka sardin je pasrah dengar.. padahal saya asyik skip makan ubat.. 2nd pregnancy ni jadi malas nak makan ubat.. huhu.. sian baby kan? baru seminggu ni saya start makan iberet, farmasi tu cakap makan lepas makan.. patut laa hb tak naik-naik.. huwaaa.. so, lepas ni boleh makan b4 tidur.. hopefully hb ok, sbb next checkup 2 minggu lagi.. doakan utk kita bersama! hehehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. 2nd pregnancy mmg mcm tu agaknyer. Ubat plak dh mcm2. huhu. Semoga kita semua dipermudahkan. In Sha Allah

      Delete
  6. cuba makan pisang & bayam merah, boleh naikkan hb jgk..saya dah terai masa pregnant anak ke3 dlu, now pregnant anak ke4 alhamdulillah ok..

    ReplyDelete
  7. Sis boleh cuba esp shaklee dgn vitalea shaklee utk tingkatkan hb...sis boleh contact sy 0178715809 utk dptkan harga terbaik

    ReplyDelete
  8. InsyaAllah.. uri akan bergerak naik ke atas nanti.. berdoa banyak-banyak ek.. :) Saya dulu macam tu.. uri tutup jalan untuk baby keluar.. tapi bila dan nak bersalin dalam 32 weeks gitu uri pun dah naik..

    ReplyDelete
  9. Insyaalah sis jemput ke blog saya k saya jual SHAWL. tq

    ReplyDelete
  10. dear, kalau kena dengan tekak you try la my method. ikan bilis (jangan buang isi perut and kepala) digoreng. nak sedap makan dengan sambal belacan tempoyak. surprsingly dalam masa sekejap je hb dah naik. insya allah. uri bawah tu try cari doctor specialist yang pandai urut atau mak bidan. kalau makan tablet tu, try with juice yang kaya dengan vitamin C. And please, jangan minum ice lg sbb nnt urat kembang and nnt dalam pantang takut ur baby kembung. btw, selalu bawak air barli dalam tumbler tupperware yg 1,7 liter tu kemana-mana. so that you tak kena UTI. sakit woo. May Allah make it easy for you. Doa bebanyak ye.

    ReplyDelete