Dekorasi tangga & Pinky Chair
3:06:00 PMLawa tak dekorasi tangga rumahku syurgaku?
Sejak ade si hero malaya ni mak buat ape yang termampu jer.
Haru dibuatnya anak bujang den ni.
Dah banyak kali bolos.
Mama baru je basuh 2-3 pinggan, tapi bila tanya kakak adik mana?
Adik tak de. Kakak seperti biasa sibuk uruskan anak-anak dia.
Leka menyusukan anak-anak jagaan.
Memasak ketang ketung lagi.
Tup tup adik dah sampai ke puncak.
Berdegup jantung mama tengok adik dah ada di garisan penamat.
Ya Allah...terima kasih kerana menjaga anak kecil ini.
Dari halang guna cadar, mama tambah kerusi pink.
Itu pun dia dapat bolos jgak.
Last sekali kakak letak monkey. Terus diam tak berani.
Usha dari jauh jer...
Sorryla adik...mama tak berniat nak takut-takutkan adik dengan monkey.
Tapi mama nak buat keje rumah.
Papa...moh la kita pasang pagar untuk keselamatan seisi rumah.
2 comments
memang kretif tu dekorasinya
ReplyDeletehahahahaha... gelak akak tengok... kene letak pagar tu.. senang sikit.. :)
ReplyDelete