Khasiat & Resepi Saffron

4:23:00 PM

Kali pertama husband ke Jeddah, husband ade membawa pulang sejenis herba yang dipanggil Za’faran atau lebih dikenali dengan nama saffron (Inggeris).


Sampai ke hari ini masih lagi tersimpan di dalam almari. Sy memang kurang ilmu bab-bab herba ni. Cuma pernah dengar orang bercerita saffron ni selalu dimasukkan ke dalam nasi yg kita masak dan akan menghasilkan warna kuning.

Hari ni google mencari tentang Khasiat Saffron. Dan beberapa resepi untuk saffron.
Sy sharekan di sini.

Source artikel : Merangsang Minda dengan Saffron

Antara khasiat Saffron
  • Untuk tujuan perubatan, khasiat saffron memang tidak dapat dipertikaikan lagi. Semenjak beribu tahun dahulu, herba mahal ini telah digunakan oleh pengamal perubatan herba sebagai ramuan ubatan dalam merawat penyakit.
  • Saffron dikatakan amat berguna sebagai ubat sakit perut dan antipasmodik dan ia dikatakan mampu membantu pencernaan dan meningkatkan selera makan. Selain itu, herba ini juga dikatakan mampu melegakan kolik (kembung disebabkan angin) dan melegakan tekanan.
  • Saffron didakwa mampu diambil oleh wanita yang mengalami masalah haid yang tidak menentu serta mereka yang mahu hamil. Selain itu, ia juga dikatakan mampu menambahkan tenaga zahir dan batin.
  • Bagi ibu-ibu mengandung, Saffron dapat mempengaruhi kecantikan kulit bayi dalam kandungan. Ujian klinikal mengesahkan bahawa ekstrak Saffron mempunyai nilai perubatan. Saffron berpotensi untuk menurunkan tekanan darah dan kadar denyutan jantung serta melancarkan sistem respirasi.
  • Pada zaman silam, penggunaan saffron hanya terhad kepada wanita golongan diRaja dan kalangan bangsawan serta saudagar sahaja. Namun pada masa kini, semua golongan boleh menggunakannya. Malah bagi mereka yang mempunyai wang, boleh menggunakan alat solek mahupun produk kecantikan yang menggunakan saffron sebagai salah satu bahan ramuannya. Selain kemampuannya untuk merawat jerawat atau penyakit kulit dengan berkesan, penggunaan saffron juga boleh mengekalkan awet muda.
  • Khasiat lain saffron adalah untuk merangsang minda dan pertumbuhan sel-sel otak manusia. Ia juga dikatakan amat sesuai diberikan kepada bayi dan kanak-kanak kerana mampu merangsang pertumbuhan akal dan fizikal mereka. Bagi mendapatkan khasiat ini, dikatakan saffron amat sesuai dimakan bersama madu asli.
  • Saffron juga dikatakan mampu melegakan kelesuan dan keletihan kerana ia mampu menguatkan jantung dan juga sistem saraf. Ia turut boleh dimasukkan ke dalam susu dan dijadikan minuman untuk mereka yang mengalami masalah kardiak ringan.


Antara resepi menggunakan Saffron

You Might Also Like

6 comments

  1. info y menarik dan pas ni leh try resepi pulak.hehehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Assalamualaikum dan salam sejahtera,bagi menyediakan menu masakan yang menggunakan saffron/zaafaran,saya ada menjual saffron stigma. Untuk tempahan ,sila pm di www.facebook.com/zouksaffron atau sms 014-6245445

      Delete
    2. Salam.. sejak mengandung ni sy amalkan minum susu n air suam yg di campur ngan saffron.bagi yg bminat bole sms sy 019-7682697(yuli) dengan harga RM25 tuk satu kotak.

      Delete
  2. Selalu guna utk masak nasi arab je. Tp kuning dia light2 je kan. Btw, saffron kita sama lah.hehe :-)

    ReplyDelete
  3. Kalau tak silap...herba ni la yang diguna pakai dalam masakan kuzi kat kelantan..susah nak dapat ni.. :)

    ReplyDelete