Makanan Kegemaran Rasulullah
12:51:00 PM
Mari amalkan bersama. Insyallah utk kesihatan bersama.
12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.
12 JENIS MAKANAN KEGEMARAN RASULULLAH S.A.W.
- Barli : Bagus untuk demam jika dibuat sup.
- Kurma : Nabi berkata rumah yang tidak mempunyai kurma adalah sepert rumah yang tidak ada makanan.
- Buah Tin: Buah dari syurga. Boleh mengubati buasir.
- Anggur : Nabi suka buah anggur. Ia membersihkan darah, menguatkan buah pinggang, membersihkan perut.
- Madu: Ia adalah makanan segala makanan, minuman segala minuman, ubat segala ubat. Mengubati cirit birit jika dibancuh dengan air panas, membuka selera, menguatkan perut, membuang kahak. Elok diminun waktu pagi dengan air suam.
- Tembikai (Segala Jenis): Nabi berkata wanita mengandung tidak akan gagal melahirkan anak yang baik dari segi karater dan wajahnya.
- Susu : Nabi berkata susu baik untuk membuang panas badan seperti tangan membuang peluh dari dahi. Menguatkan belakang, memperbaiki otak memperbaharui pandangan mata, membuang kelupaan.
- Cendawan: Baik untuk mata, perancang keluarga.
- Minyak Zaitun: Rawatan kulit dan rambut. Melambatkan penuaan, merawat radang perut.
- Delima: Membersihkan tubuh dari syaitan & bisikan syaitan selama 40 hari.
- Cuka: Nabi selalu meminum dengan minyak zaitun (Trend yang popular di restoran Itali
- Air: Minuman terbaik. Jika dahaga hendaklah disedut perlahan-lahan. Jangan diteguk. Mudah mendapat sakit pada hati.
Hati yang bersih dapat
melahirkan pemikiran yang waras. Maka, ‘suapkanlah’ ia dengan makanan
dari sumber yang halal dan berkhasiat
Rupanya tanpa kita sedari, dalam
makanan yang kita makan sehari-hari, kita tak boleh makan sembarangan.
Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga. Ustaz Abdullah Mahmood
mengungkapkan, Rasullulah S.A.W. tak pernah sakit perut sepanjang
hayatnya kerana pandai menjaga makanannya sehari-hari. InsyaAllah kalau
anda ikut diet Rasullullah ini, anda takkan menderita sakit perut
ataupun keracunan makanan.
- Jangan makan SUSU + DAGING
- Jangan makan DAGING + IKAN
- Jangan makan IKAN + SUSU
- Jangan makan AYAM + SUSU
- Jangan makan IKAN + TELUR
- Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
- Jangan makan SUSU + CUKA
- Jangan makan BUAH + SUSU Cth: KOKTEL
Cara Makan :
- Jangan makan buah setelah habis makan nasi, sebaliknya makanlah buah terlebih dahulu, barulah makan nasi.
- Tidur 1 jam setelah makan tengah hari.
- Jangan sesekali tinggal makan malam. Barang siapa yang tinggal makan malam dia akan dimakan usia dan kolestrol dalam badan akan berganda.
- Dalam kitab juga melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut.
Nampak memang sulit.. tapi,
kalau tak percaya…cubalah try yer… Pengaruhnya tidak dalam jangka
pendek, akan berpengaruh bila kita sudah tua nanti. Kerana ia juga
terbukti dalam kajian.
Nabi S.A.W. pernah mencegah kita
daripada memakan ikan bersama susu kerana akan cepat mendapat penyakit.
Ini terbukti oleh ilmuwan yang menemukan bahawa dalam daging ayam
mengandung ion + sedangkan dalam ikan mengandung ion -.
Jika dalam makanan kita ayam
bercampur dengan ikan maka akan terjadi reaksi biokimia yang akan dapat
merosakkan usus kita. Al-Quran juga mengajar kita menjaga kesihatan
seperti membuat amalan antara lain:
- Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.
- Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk(bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).
- Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur(iaitu sujud sekurang kurangnya seminit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang tersebut.
- Nabi S.A.W. juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)
Sumber : ustaz mohd Kazim Elias (2012) Dua Belas makanan kegemaran Rasullullah s.a.w. Malaysia
2 comments
nice sharing..
ReplyDeletesemoga dipelihara kesihatan yang baik hendaknya..
Info menarik..
ReplyDeleteBasic dan ada yang selalu diamalkan tapi kita tak sedar akan kebaikannya.
Terima kasih atas perkongsian ini.