G6PD Normal

9:23:00 AM

Setahun yang lepas saya pernah berkongsi tentang kelahiran Little Imam Muhammad Naqeeb.
Saya ada berkongsi tentang saya dipanggil semula ke Hospital kerana Muhammad disahkan G6PD. Boleh rujuk pada post Kelahiran Little Imam Part 3.

Memang saya & suami tak pernah tahu & tak pernah dengar pun tentang G6PD. Lepas Muhammad disahkan G6PD baru kitaorang tahu apa itu G6PD.

Ini perkongsian penerangan ringkas tentang G6PD

Apa itu G6PD
G6PD (Glucose 6 Phosphate hydrogenese) adalah penyakit kekurangan enzim dalam sel darah merah atau sejenis penyakit genetik. Biasanya selepas ibu melahirkan bayi, sample dan tali pusat bayi dihantar ke makmal untuk pemeriksaan G6PD.

Apa maksud kekurangan enzim G6PD?

Dalam sel darah merah terdapat sejenis enzim yang bertanggungjawab mengekalkan kestabilan sel darah merah daripada pecah iaitu enzim G6PD. Apabila paras enzim ini rendah, sel darah merah tidak mampu menahan keadaan stress seperti dalam kes jangkitan teruk atau apabila bahan kimia atau ubat-ubatan tertentu diambil, sekaligus menyebabkan sel darah merah pecah.

Apakah patut lakukan bila anak kekurangan G6PD?

Elakkan anak anda dari bahan-bahan yang boleh menyebabkan kemusnahan sel darah merah seperti:

*   Memberi  ubat-ubat  sendiri tanpa arahan doktor.
*   Ubat gegat.
*   Ubat-ubat tradisional, jamu atau ubat sinseh.
*   Minyak gosok.
*   Kacang parang.

Sumber : Pa & Ma

Ketika Muhammad berumur 6 bulan, kami ke Hospital Putrajaya tempat Muhammad dilahirkan untuk repeat semula G6PD. Tarikh temujanji telah diberi sewaktu Muhammad keluar hospital. Kami agak lewat sampai ke hospital dan tunggu giliran lambat. Akibatnya, nurse suruh pulang sebab darah telah dibawa ke HKL dan darah perlu fresh untuk di bawa ke makmal. Kesimpulannya datang awal ke hospital, terus ke kaunter beritahu untuk amik darah for G6PD. Nurse akan segerakan.

Selepas ambil darah, nurse akan bagi nombor telefon untuk dihubungi selepas sebulan atau 2 bulan. Tidak perlu datang ke hospital. Alhamdulillah keputusan adalah normal. Muhammad Naqeeb free from G6PD.

Tapi jangan bimbang atau takut jika anak-anak ada G6PD. Ia adalah kekurangan enzim dalam sel darah merah. Cuma parents perlu berhati-hati dengan bahan-bahan yang perlu di elakkan. Kebanyakkan sahabat-sahabat yang berkongsi tentang anak-anak G6PD adalah biasa. Macam kanak-kanak lain juga. Infact ada yang hilang sendiri bila dah dewasa. 


You Might Also Like

2 comments

  1. qaleef ada g6pd.. pon masa fes time dengar tu blur2 jer.. tapi alhamdulillah lah tak teruk.. akak ada gak nak repeat cek balik.. kot free..tak gi2 lagi... huuu... tunggu lah adik baby ni.. anak lelaki.. masih berisiko..

    ReplyDelete
  2. Good share...ada students mumme yg g6pd jg

    ReplyDelete