Baju Raya 10 Pasang

10:22:00 AM

Belum kalah che ta sebab dia kata baju raya dia 20 pasang.
Baju raya aku baru 10 pasang.
Itu pun rasa nak pengsan. huhu

Tema raya tahun ni hijau. Balik kampung semua kepoh pasal 'Mak kau Hijau'
Pada mulanya memang buat sepasang je baju raya. Untuk raya pertama je.
Raya seterusnya adalah simpanan baju kurung yang belum pakai lagi.
Sebabnya adik nak kawin akhir tahun ni. Jimat nak tempah baju banyak2.

2 minggu sebelum raya mak cik tailor muncul.
Bagitahu baju aku 8 pasang dah siap.
Aduhai mak cik kenapa tak cakap 2 hari sebelum raya.
Tak pun bagitahu raya pertama ke?

Gugur jantung aku dengar baju raya 8 pasang.
Aku pun dah tak tahu warna ape, kain yang mana, design ape?
Baju tu aku hantar sebelum aku tahu pregnant anak kedua kot!
Bayangkan dak Naqeeb dah 1 tahun setengah + pregnant 9 bulan.
Sama dengan 2 tahun lamanya tiba tiba muncul. huhu.

Redha + pasrah = duit raya RM450 melayang.
Husband geleng kepala jer la.
Husband tak bising sebab duit aku sendiri.
Kalo tidak mahu duit raya kena potong tahun ni.

Alhamdulillah makcik tu buat longgar.
Kalo tidak nangis tak berlagu tengok semua baju tu tak muat.
Membesar dengan jayanya. Anak je yang makin slim.










You Might Also Like

4 comments

  1. wah.. sakan raya la macam ni.. hehe..

    ReplyDelete
  2. salam aidilfitri...huhuhuhu...banyaknya...mujur duit sendiri kan...

    ReplyDelete
  3. wahhh..sakan nohhhh raya dia tahun ni.. :)

    ReplyDelete
  4. lama bebenor, smpi lupa ada tempah baju..
    nasib baik makcik tu jujur, hantar balik..
    kalau tak, mau buat harta sendiri, huhu

    ReplyDelete