Naqeeb warded at NMC

3:26:00 PM

Isnin...macam biasa selepas amik kakak di sekolah, amik Naqeeb pulak.
Sampai nursery muadibbah (care taker) beritahu "Naqeeb demam ni kak, baru lepas mandikan dengan air asam jawa"
Terkejut jugak tengok muka Naqeeb merah sangat.
Terus pergi ke Klinik tempat kami biasa pergi. Kebetulan juga memang nak bawa ke klinik sebab dia kerap buang air besar selepas makan & minum.

Sampai klinik, doctor check demam dah 39c.
Naqeeb nampak sangat lemah & menggigil. 1st time sy tengok Naqeeb dalam keadaan sedemikian.
Sampaikan doktor pun sangat risau kerana muka Naqeeb nampak sangat pucat.
Terus doktor keluarkan reference letter ke Hospital untuk warded. Before ke hospital doktor beri PCM melalui bontot untuk meredhakan kepanasan.

Sebelum ke hospital, kami balik rumah dan kemas barang apa yang patut.
Lepas Maghrib baru kami bergerak dari Nilai  ke Annur Bangi. Sebab apa Annur, sebab Naqeeb pernah check darah kat sini. Sampai Annur, nurse inform wad penuh & dia suggestkan kami datang semula esok pagi. Mungkin kerana Naqeeb nampak sedikit ok. Sebenarnya sy sangat risau teringatkan keadaan Naqeeb petang tadi, itu menyebabkan saya turutkan diri ke Hospital.

Pulanglah kami ke rumah. Keeseokannya kami ke Nilai Medical Center yang dulu dikenali Nilai Cancer Institute (NCI). Hanya 5-10 minute dari rumah. Berjumpa terus dengan Paed Dr. Yap. 1st time rasanya serah diri untuk warded. Again...wad di NMC pun penuh. Ramainya orang sakit! Agaknya kat gomen hospital pun lagi penuh....

Alhamdulillah...keadaan Naqeeb ok. Tidak lagi demam. Tapi tetap kerap membuang air besar selepas makan & minum. Doktor suggestkan untuk drip air walaupun tak nampak lemah @ dehydrate. Lepas doktor amik darah kami dibenarkan pulang & datang semula once wad dah kosong.

Petang kami (mama & Naqeeb) menyerahkan diri untuk warded. Selalu sedih kalo dengar je nak kena warded. Kali ni saya redha, sebab nak Naqeeb cepat baik.Alhamdulillah  Naqeeb tak banyak meragam, cuma asyik ulang alik ke toilet cuci sebab kerap membuang air besar. Terpikir jugak kalo hantar ke Taska kesian yang menjaga nak kena basuh Naqeeb selalu.

Gedebak gedebuk 4 hari 3 malam duduk bercuti ke hospital. Naqeeb pun semakin ok walaupun masih lagi buang air besar tidak menentu. Aktif sangat kalo boleh nak merangkak 1 hospital...lepas tu asyik usha nurse je...hahaha!





 pemandangan dari ward...





 semua celah dia nak explore...

 keadaan agak tidak terkawal. nasib boleh rendahkan katil. kalo tak, habis masuk bawah katil.
Bawak la cadar tu utk dia merangkak...hehe


You Might Also Like

4 comments

  1. Salam.
    Wad hospital private sekarang full je memanjang.
    Last time anak nk warded sbb darah da kurang dlm badan, mostly hospital kt kl penuh.
    Nak nangis rasa cari spital. Da la ad dgn da pucat kurang darahh. Emmm.

    ReplyDelete
  2. Alaaa cian baby naqeeb.. still aktif xpe lagi kot..

    ReplyDelete
  3. Semoga cepat sembuh!
    Saya dari team Kumpulbagi.
    Jika Anda mau share dan download files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
    Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
    Coba servis kami tanpa registrasi:)

    ReplyDelete
  4. salam..ya allah..cpt sembuh ye bby adik
    skng ni mmg musim...asal batuk je trs demam..aisy pun gitu
    :( sy bg madu..if batuk sy jmp doc gak..tp xpnh try NMC lg :P
    xpe..nnt dh besar, ilang dh sakit tu n pandai tau :)

    ReplyDelete