Kedai Borong Mainan Jalan Raja Laut
11:11:00 AMHello Mondays!
Penat beraya gamaknye last weekend.
Badan mak letih. Lemau sangat hari ini.
Sambung entry post yang dah 2 minggu terbengkalai.
Sebagai reward untuk si kakak.
Alhamdulillah, pertama sebab kakak berjaya Puasa Ramadhan.
Tinggal 5 hari je sebab tak tahan godaan sepupu-sepupu kenit. hehe
Kedua, kakak cemerlang dalam peperiksaan & hafazan
Cemerlang tak semestinya dapat no 1 kan?
Alhamdulillah pencapaian yang sangat memuaskan bagi kami untuk si kakak.
Ketiga, papa bagi spend duit raya untuk beli mainan.
Bukan la semua duit raya kan. Dalam beberapa portion sahaja.
Yang lain kena terus ke Tabung Haji.
Pada mulanya bawa anak ke Toy R Us KLIA2.
Tapi mision failed!
Sebabnya tiada yang berkenan di hati.
Kalau ada yang berkenan pun, harga over budget!
Terpaksala cool down kan si kakak. Muka monyok jer.
Semuanya yang dia nak papa reject.
Si Muhammad ok jer. Redha.
Balik rumah terus google. Maka dapatla info.
Kedai borong mainan di sepanjang Jalan Raja Laut.
Keesokan paginya terus kejut anak-anak.
Hari ahad. Jalan tak jammed. Smooooth jer..
Kalo boleh nak je nak park depai kedai. hehe.
Awal juga la kami dah sampai. Tapi parking cam susah jugak area situ.
Korang kena pandai-pandai la yer cari parking.
Sepanjang Jalan Raja Laut tu banyak kedai menjual mainan.
Kalau berkesempatan korang jalan-jalan la sambil survey harga.
Kawan aku kata sebenarnya dari kecik dia dah beli mainan kat situ.
Seriously kami laki bini tak tahu. Padahal laki bini orang Key ell kot!
Antara kedai yang kami survey is Penn-Mart Toys.
Kedai besar & pilihan pun banyak.
Mama screening jer. Tak sempat nak over.
Orang kata Remote Control Toys murah kat area sini.
Kereta & Motor kecik tu pun murah katanya.
Tapi aku pun tak der la survey sangat. Tak dapat nak compare harga.
Alhamdulillah si kakak pun happy dapat pilihan di hati.
Walaupun over budget sikit. Tapi puas hati.
Muhammad dapat train rail panjang. Pilihan papa sebenarnya.
Walaupun harga dah fix kat kotak.
Nanti sebelum bayar dia bagi lagi discount.
Lagi la happy kan. Tapi kalau korang pandai tawar rasanya boleh dapat murah lagi.
Aku dok bayangkan mesti kat china lagi murah kan? hehe.
Kalau korang nak wat birthday gift atau goodies bag pun sesuai beli kat sini.
Beli borong mesti dapat lagi murah.
Selamat la berjalan-jalan bawa anak-anak rambang mata.
Jangan stress kalau tengok anak-anak pun stress.
Mak Ayah sabar yer...hehe
1 comments
Mau pening kepala nak beli ni
ReplyDelete