Bayi Kurang Menyusu : Reverse Cycling

9:35:00 AM


 

Morning semua!

just nak share & tanya opinion ibu2 di luar sana. adakah ia normal?
Last checkup berat humairah
3 Month : 5 kg
4 month : 5.4 kg

maksudnya cik merah just naik naik 400 gram. nurse kata BMI cik merah hampir2 ke line susut. tp belum susut lg. tp nurse kata jgn risau. nti dah mula makan mesti ok.

mmg kalo ikutkan fizikal cik merah tak tembam mcm bayi2 lain. mungkin sbb dia kurang menyusu botol. sy slalu tinggalkan susu 3oz x 4 bottles. itu pun kdg2 tak abis. kdg2 tu sy balik umah tgk ade lebih 2 botol susu tak minum. my mom kata dia tido je. bila bg susu tak nak minum.pastu minum main2.

kalo ikut...humairah mmg sgt aktif. kaki tangan mmg tak berhenti bergerak. dah smpi masuk bawak meja gara2 tak dok diam. kalo pergi jalan2 or naik kete pun humairah tak nak menyusu. excited nk tgk jalan and keadaan sekeliling.

Bila balik keje mmg sy direct BF humairah sekerap mungkin. si merah tau plak nak bergayut je. and tgh malam plak mmg humairah akan jaga 2-3 kali utk direct BF.

tanya pad encik google...i found interesting info to share with all mommies! the article mmg menjawab persoalan sy!

Reverse Cycling
: petikan article pa & ma Ogos 2007 : source {here}

Sewaktu bayi saya berumur empat bulan, dia tidak mahu menyusu di siang hari. Dia akan kerap menyusu pada malam hari. Pada usianya lima bulan pula, dia makin kurang menyusu. Bagaimana caranya untuk saya menyusukannya di siang hari. Adakah dia mendapat nutrien mencukupi dengan hanya sekadar menyusu di malam hari? Apakah punca anak saya tidak mahu menyusu?

Azelina Abd Aziz
Sri Manjung, Perak

Corak penyusuan bayi yang lebih kerap menyusu pada sebelah malam berbanding siang hari dikenali reverse cycling. Ini berlaku kerana corak penyusuan normal bayi terganggu atas sebab-sebab tertentu. Antaranya,

~ bayi sukar memberikan tumpuan sepenuhnya ketika menyusu kerana terlalu aktif,
~ ibu terlalu sibuk di waktu siang sehinggakan kurang menyusukan bayinya dan
~ ibu bekerja di siang hari.

Ketiga-tiga senario ini kadangkala bertindih di antara satu sama lain. Walau bagaimanapun, ia merupakan cabaran yang dapat diatasi sekiranya ibu tabah dan mengamalkan tip yang betul.


Untuk senario pertama dan kedua, bayi akan lebih kerap menyusu di waktu malam kerana dia perlu menggantikan tempoh penyusuannya yang pendek, terhad ataupun tertinggal pada siang hari. Pada waktu malam, suasana yang sunyi terutama jika ibu menyusu di bilik tidur dengan lampu yang malap akan memberikan ketenangan supaya ibu dan bayi dapat menggantikan masa berkualiti yang sangat diperlukan.

Bagi senario ketiga pula, bayi dalam kategori ini akan meminum susu perahan ibu sekadar mengalas perut dan akan menunggu ibunya pulang ke rumah supaya dia boleh menggantikan waktu penyusuannya pada siang hari. Ketahuilah reverse cycling tidak akan mendatangkan sebarang kemudaratan kepada bayi daripada segi bekalan nutrisi dan tumbesarannya sekiranya bayi menyusu dengan kerap dan tanpa had apabila bersama ibunya di waktu malam. Dalam hal ini, ibu perlu memastikan bayi membuang air kecil dan besar secara normal dan mempunyai peningkatan berat badan yang baik kerana ini boleh dijadikan petanda bayi andanormal.

Kebiasaannya, ibu mungkin akan berasa agak letih kerana terpaksa melayan anaknya sepanjang malam. Walau bagaimanapun, ia boleh diringankan jika anda mengamalkan tip di bawah:

1. Mendapatkan tidur atau rehat yang mencukupi:

~ Tidur lebih awal. Pastikan anda tidur apabila bayi anda tidur setiapkali anda berada di rumah.

~ Pastikan bayi anda tidur bersama atau diletakkan berhampiran anda pada waktu malam. (
tak payah beli baby cot, tdo sebelah anak senang nak direct BF. hehe)
2. Jika si ibu sibuk pada sianghari:

~ Menggendong bayi adalah yang terbaik untuk anda memastikan bayi sentiasa dengan anda walaupun sedang sibuk membuat kerja rumah. Gunakan baby sling ataupun baby carrier.

~ Ibu haruslah peka dengan corak penyusuan harian bayi. Ini hanyaboleh dilakukan dengan mudah sekiranya bayi berdekatan anda.Walau sesibuk mana sekalipun, bayi anda sangat memerlukan masa one-on-one bersama anda.


3. Jika bayi anda reverse cycling ketika anda di tempat kerja.
~ Pastikan stok susu disimpan dalam kuantiti yang sedikit supaya tidak membazir. (yes i do!)
~ Banyaklah bersabar dan jangan terlalu stres. Anggaplah ia sesuatu perkara yang positif.
Anggaplah bayi anda lebih menggemari anda berbanding botol.(i like!)
~ Pastikan bayi diberi peluang untuk menyusu dengan sepuaspuasnya bila anda berada dengannya.
~ Perhatikan tumbesaran danpembuangan air kecil dan besar bayi.

You Might Also Like

2 comments

  1. faeza, najla dgn humairah ni lebih kurang jer berat n size nye. najla pun 3 bulan 5kg lebih jer. kaki tgn tak henti bergerak. kuat berpeluh pulak tu. awal2 dulu terfikir gak, nape najla tak montel mcm anak org lain. pastu bila pikir balik, takpelah. yg penting dia sihat dan cergas :)

    ReplyDelete
  2. asalkan ade peningkatan berat, dah cukup bagus. :)

    ReplyDelete