Kitchen Stuff : Bekas Garam & Minyak

9:57:00 AM

Jom masuk dapur saya!
Harini nak kongsi cerita tentang bekas garam & bekas minyak.
Kebetulan ade officemate bertanya tentang cara saya menyimpan minyak yg telah digunakan.

Saya mulakan dengan bekas garam dulu la yer.
Pada asalnya saya menggunakan tupperware untuk tempat letak garam & kunyit.
Tapi...bila mak datang rumah. Mak kata tak sayang ker tupperware letak sebelah dapur masak ni?
Maka saya pun bertukar kepada bekas kaca ala-ala english style ni.
Saya beli di Nilai 3. Rasanya harga tak sampai RM30.




Selepas terpengaruh dengan Majalah Impiana.
Saya bertukar bekas garam. Saya dapatkan bekas garam ni di Laurea Home.
Kekononya kenala konsep dapur yg hitam putih ni.
Apa yang ade dalam 3 bekas ni sama sekali tak ikut apa yang dilabel.
Saya belasah jer ikut suka hati isi dalamnya garam halus, garam kasar & serbuk kunyit.

Saya memang tak letak gula since sy tak banyak masak menggunakan gula.
Lagipun gula mengundang tentera semut.
Bekas garam ni mudah dibersihkan kalo masak terpercik minyak ke apa. 
Sebabkan hitam, kenala rajin mengelap.


 

 
Jarak dapur masak & bekas garam.
Kalo pakai tupperware boleh rosak tupperware mak!


Bercerita tentang bekas menyimpan minyak.
Minyak yang belum digunakan memang sy letakkan dalam botol asal yang dibeli dari pasaraya.
Tapi untuk minyak yang telah digunakan, sy simpan dalam bekas besi ni.
Eh bekas besi ke namanya?

Kalo tak silap, saya beli ni ketika ke Mydin Subang Jaya.
Jenama Eagle. Ala jenama periuk belanga jgak rasanya.
Tapi rasanya bekas ni senang nak dapat kat mana-mana pun.
Harganya tak sampai RM10/pcs.
Kalo ke Nilai 3, ada kedai perkakas rumah nama SAKA, kat situ byk jual.

Senangnya bekas ni, kita tak perlu tunggu minyak panas jadi sejuk.
Lepas goreng nak masuk terus dalam bekas ni pun boleh.
Tahan panas.

Kenapa ade 2 bekas?
Satu bekas untuk minyak bersih seperti goreng kuih atau cekodok.
Satu bekas lagi untuk minyak goreng ikan atau ayam.

Kalo sedang memasak, saya biasa letak di sebelah bekas garam.
Selepas memasak akan simpan di pull basket.

Memang gaya ala mak-mak kan?? hehe







You Might Also Like

9 comments

  1. okay, aku nak cari lah bekas besi letak minyak tu. ye tak ye, boleh beli semua mak nenek periuk kat nilai tiga, aku lupa! sebab aku kena ganti periuk rumah aku yang buruk tu.. huhu T_T. sekarang minyak yang bersih aku simpan dalam bekas kaca prego. minyak yang dah hitam semua aku buang!

    ReplyDelete
  2. tips menarik..kt rumah tu letak dlm periuk kecik ataupun tupperware..

    ReplyDelete
  3. hahahha...sama la port letak bekas garam tu ngan umah kita..kata jiran kannn..hahaha

    ReplyDelete
  4. bekas garam yang english style laurea tu ke mana lepas tu? sama le, saya beli bekas besi tu kat Mr DIY. Murah je. pun beli 2 dengan fungsi yg sama mcm awak sebut kt atas. tapi dapur awak kemasnya... dapur saya haru skit sbb bekas bawang terlopong je letak dlm bakul. bercampur skali semua. hehe.

    ReplyDelete
  5. weweiittt...comeyy..bekas lama tu buat apa..hehe..nyebok je sy ni ;p

    ReplyDelete
  6. nanti ada rumah pun nak comel2 gini r.. xsabar2.. dapur tempat plg best kot bg mak2 kan.. hihi..

    ReplyDelete
  7. bekas putih sweet.. bekas hitam menawan... dua2 pun cantik... :D
    kemasnya basket itu...

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe