Giliran Beraya di Kuala Lumpur

4:29:00 PM

Tahun ni bukanlah kali pertama aku beraya di Kuala Lumpur.
Sejak berkahwin tahun 2010 raya pertama aku pasti di Kuala Lumpur.
Raya bersama keluarga mertua.
No hurt feeling pun sebab dah nak masuk 6 tahun beraya di rumah mertua.

Bukan tiada giliran antara aku & suami.
Suami tak pernah pun halang jika aku nak beraya bersama keluarga di rumah nenek.
Pernah aku beritahu suami tahun depan plan nak raya di kampung.
Tapi, Allah itu sebaik-baik perancang. September 2013, Allah takdirkan yang bapa mertua kembali ke menghadap Illahi. Berat rasanya hati nak biar mak mertua beraya sendiri.
Walaupun kakak ipar ada. Tapi aku pasti mak lebih memerlukan suami.
Satu-satunya anak tunggal lelaki. 

Aku masih teringat kata-kata seorang ustaz, giliran raya itu tidak salah.
Tapi jika antara keluarga suami atau isteri lebih memerlukan kita.
Maka tidak salah untuk giliran itu diubah ikut keperluan.

Bagi aku, mak mertua sangat memerlukan kami bersama di hari raya.
Kalau dulu ada ayah mertua yang kopek bawang, potong cili untuk masak di hari raya.
Tapi sejak arwah ayah tiada, kebanyakkan semuanya mak dah siap awal-awal.
Tinggal bantu nak masak jer. Selalunya mak masak simple je pun.
Malam dah rehat rehat. Kalo kat kampung mesti kecoh semua baru nak buat.

Pernah sekali suami minta maknya doakan dia dapat keje di luar negara.
Masih terngiang bila mak mertua berkata "Kalo abang kerja luar negara, mak raya sorang2 je la"
Sedih aku dengar bila mak mertua aku cakap macam tu. Bayangkan kita suatu hari nanti.

Selalunya petang hari raya pertama aku sekeleuarga dah pulang ke kampung rumah nenek.
Seronok bila berkumpul ramai-ramai. Meriah sungguh!
Indahnya silaturrahim.

Jujur aku katakan, raya di Kuala Lumpur tidak semeriah di kampung.
Tapi aku rasa ada je keluarga besar di Kuala Lumpur meriah di malam raya.
Mungkin semua keluarga di Kuala Lumpur.
Tapi aku lebih suka beraya di Kampung.
Walaupun aku penat basuh pinggan orang datang rumah nenek non stop.







You Might Also Like

2 comments

  1. bagusnya faeza. insyaALLAH kita bahagiakan ibu mertua mesti ALLAH akan permudahkan urusan kita. Ainul pun setiap hari balik rumah mertua. mertua ainul pun duduk shah alam. kalau time raya sini mmg kt shah alam je la. shah alam ni mcm kampung bandar sikit . time raya tetap meriah.

    selamat hari raya

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe