Kek Kukus Coklat Lembab

2:54:00 PM

Resepi ni saya amik dari Facebook Sheila Rusly
Share kat sini next time boleh jadi rujukan untuk diri sendiri.

Kek coklat ni memang minat sangat. Ni cara yang mudah takyah guna oven. Kukus aje tapi hasilannya mabelesss..sedappp.

KEK KUKUS COKLAT LEMBAB.
MUDAH DAN MENJADI.

Bahan A
1 cawan serbuk koko (tak kisah jenama apa pun )
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak
1/2 cawan susu pekat

Bahan B
1 1/2 cawan tepung gandum
1 sudu teh soda bikarbonat
1 sudu teh baking powder

Bahan C
1 sudu teh esen vanilla
3 biji telur (suhu bilik)

Cara membuatnya:
1. Ayak semua Bahan B dan ketepikan seketika.

2. Masukkan semua bahan A kedalam periuk, dan kacau hingga sebati dengan menggunakan api yang kecil dan sejukkan.

3. Pecahkan telur kedalam mangkuk besar dan pukul hingga kembang. Tuang bahan A tadi bersama esen vanilla ke dalam telur tadi sambil di kacau hingga sebati.

4. Masukkan tepung yang diayak bersama baking powder dan soda bikarbonat (Bahan B) dan kacau lagi hingga sebati selama 5 minit.

5. Tuang adunan dalam loyang dan ikat dengan beg plastik. Boleh juga pakai aluminium foil. Pastikan wap air tak boleh masuk dalam adunan.

6. Kukus selama 1 jam 10 minit dengan api yang sederhana. (pastikan air kukusan telah mendidih terlebih dahulu). Jangan buka penutup kukus sampai cukup masa.

7. Angkat dan tunggu kek sejuk dahulu sebelum di potong.

***********************

Tak sah kan makan kek coklat tanpa toppingnya. Buat topping ni ada macam cara...ini antara caranya, boleh pilih mana yang rasa senang.

🎂Topping Coklat 1🎂

Bahan-bahan:
150gram coklat masakan
35gram susu cair
1sudu kecil butter

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 2🎂

Bahan-bahan:
1/2 cawan koko
1/2 cawan susu
1 sudu besar minyak masak

Cara-caranya:
1. Masak kesemua bahan atas api perlahan
2. Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 3🎂

Bahan-bahan:
250gram coklat masakan (potong kecil-kecil)
1sudu besar majerin/butter
130ml whipping cream

Cara-caranya:
1.Cairkan coklat secara double-boiler
2.Alihkan dr api, kemudian masukkan majerin, gula dan cream..Kacau sehingga sebati..
3.Curahkan atas kek..

🎂Topping Coklat 4🎂

Bahan-bahan:
1/2 bar coklat masakan
2 sudu besar butter
1/2 sudu besar gula halus
Esen vanilla beberapa titik

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

🎂Topping Coklat 5🎂

Bahan-bahan:
200gram coklat masakan
2 sudu besar susu pekat
6 sudu besar air panas

Cara-caranya:
1.Masak secara double boiler
2.Biarkan sebentar & curahkan diatas kek yg tlh sejuk..

DIHARAP RESEPI2 NI DPT MEMBANTU ANDA SEMUA CARA NK BUAT TOPPING COKLAT YE..

You Might Also Like

6 comments

  1. urmm..lama tak buat kek kukus.
    biasanya buat dengan kak ipar atau adik.
    kalau buat sendiri, jawabnya assalamualaikum laa..
    memang tak ke mana la...hehehe

    ReplyDelete
  2. nak buat kek tu boleh tapi topping tu .. hihihi...

    ReplyDelete
  3. Yup ana pun guna resepi ni utk wat kek coklat lembab..memang sangat mudahhhh dan yang paling penting sedappp sangat.moistt aje heheh

    ReplyDelete
  4. Wah tq resepi..lps ni boleh try buat.
    Kek coklat mmg fav..hihi



    Jemput singgah blog sy SPORTING MUMMY

    ReplyDelete
  5. Wah, macam sedap !

    Bila la saya nak rajin membuat kek ni. hihi.. Dulu2 pernah buat kek coklat kukus. Tapi suami n anak x makan. Diri sendiri yang makan. Macam tak syok la. Makan sendiri, sendiri gemukss. huwa huwa

    Anyway, jemput singgah blog saya IbuBijakAnakSihat

    ReplyDelete
  6. Laa, nasib baek nmpk entri awak ni..
    Sy tak da stok coklat masakan nk buat topping utk kek coklat..
    Boleh la guna resepi topping serbuk koko tu..
    Alhamdulillah, Allah bg solusi di sini..

    Nk buat kek besday utk hafni, hee. Kek coklat je yg umi reti buat, huhu.

    Mekasih banyak2..

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe