Belajar untuk tidak berkira
10:56:00 AMMorning Monday.
Entah kenapa masih tidak lagi dapat mood untuk berblog.
Yes...saya terasa kehilangan kawan2 alam maya kalo tidak berblog.
Hope korg smua sehat walafiat.
Hari ni aku nak citer tentang "berkira".
Yes...sejak kawen aku byk belajar jangan terlalu berkira.
Especially dari incik hubby. org yg aku rasa susah nak berkira.
Bagi aku berkira bleh berlaku dalam byk hal antara suami isteri, kawan2 n org sekeliling kite.
Suami Isteri
Belajar untuk tidak berkira antara suami isteri. Penting ok! Contohnyer...kekadang kalo kta beli barang yg sepatutnyer suami kta bayar, tapi kta yg bayar. Anggap je la sekali sekala ape salahnyer kta tolong suami. Bukan slalu pun. Sama jgak kalo dgn hal2 rumah & anak2. Jangan asyik nak berkira kta buat itu buat ini. Itu tanggungjawab bersama. Pahalanya dikira ok! Tak tipu kekadang aku pun berkira dgn hubby "Asyik mama je basuh poo poo Humairah, ape kata papa plak." So ayat utk tidak berkira "Papa, tlg basuhkan poo poo humariah. Humairah suka main air dengan papa."
Sedekah
Kalo bersedekah pun nak berkira susah la der! Tak rugi pun kalo kta bersedekah. 50 sen pun pahala tau kalo kta ikhlas. Bagi aku sedekah ni memanjangkan rezeki kta. Insayallah makin murah rezeki kta. aku teringat cerita sahabat semasa time study dulu. Ader org dtg rumah minta sedekah, time tu dia hanya ader RM 10 sahaja dlm wallet. Atas belas ikhsan dia sedekah kan RM 10. yer la takkan nak sedekah RM5 mintak baki RM 5 plak. Selang beberapa minit pak cik dia dtg rumah, and sebelum pulang pakcik dia bagi Rm 50 sebagai duet belanja. Alhamdulillah...itu namanya rezeki Allah.
Sedekah bukan duet sahaja. Barang or pakaian pun boleh. Pesan arwah atok, sedekah barang yg elok2. Janganla sedekah barang2 dah rosak, pakaian dh koyak2.
Makan
Yg part ni plg aku suka. Bila org belanja makan. hehehe. And ade jgak yg susahnyer nak keluar kan duet lebih skit utk bayar makan. Hubby slalu pesan anggapla bila kta blanje org makan, rezeki kta akan berpanjangan. Harapan kta bukan nak org yang kta belanja kta tu belanja kta balik. Doakan kta murah rezeki pun dah syukur Alhamdulillah. Janganla plak ko kna beli pisang goreng RM 5 utk jamu makan pun ko nak claim kat bendahari. Anggapla itu sedekah untuk kawan2. Pahala dikira!
Mmg dalam dunia realiti ade kan org mcm ni. Terlalu berkira especially bab2 belanja makan ni. sampaikan seposen dua posen pun nak berkira. kekadang aku rasa bengang gak bila ader org mcm ni.
Gift Tetamu
Ni pun satu masalah bila bakal pengantin terlalu berkira tentang gift utk tetamu. Kalo bleh nak sebudget mungkin. Tak salah kalo korg budget pun. Eh kalo korg bagi kerepek bungkus 50 sen tak salah pun. Tapi janganla bagi kerepek tu lemau, kueh dah expired. Tapi biarlah ape yg kta bagi untuk tetamu tu elok rupanya. Nak sedekah kat org kan, biarlah yg elok. Bukan sekadar syarat je. Org yg dpt pun suka. Tak derla membazir dibuang ke tong sampah. Pelamin kta boleh beribu riban apa salahnyer kalo kta spent lebih ckit utk sedekah pada tetamu.
Bagi saya berkire tu perlu juga. Tapi lihatlah pada tempatnyer.
Alhamdulillah, hubby banyak ajar saya jangan terlalu berkire. Ade tempat kta boleh berkire especially utk pertahankan hak kta. saya jarang jumpa org2 terlalu berkire ni. Tapi bile jumpa org mcm ni sy bengang jgak. Yang menyebabkan saya pun nak berkire jgak!
Ape tindakan kita, kalo org berkire dgn kta?
Adakah kta patut berkire dgn manusia yg berkire ni?
1 comments
saya tak suka berkira....tak best feeling tuh...
ReplyDelete