Aku Seorang Pekerja Kontrak

3:55:00 PM

Salam Rejab.

Tajuk entry macam budak sekolah nak buat karangan 'Aku Sekaki Payung'. heee.
Aku jarang bercerita tentang kerjaya dalam blog aku.
Harini just nak coretkan dalam blog aku something tentang career aku.

Alhamdulillah, masih tiada istilah menanam ANGGUR dalam kerjaya aku.


My 1st Job

2008 : Final year study, aku dah apply keje sana sini. Belum pun abis study aku dah dapat tawaran kerja sebagai staff contract di sebuah private company. Tanpa berfikir panjang aku terima tawaran itu walaupun gaji yang ditawarkan tidaklah semewah company2 besar.  Lagipun ofis aku ni kecik je. Boleh kira staf dengan jari. Aku sedar aku fresh graduate, perlu cari experience.

Dah hampir setahun kerja di COMPANY A, aku rasa serba tak kena, tension, and pernah sampai menangis sebab bos aku. Barula aku sedar nape staf kat sini selalu notis berhenti 24jam. Gaji plak kekadang masuk lambat, kekadang boleh plak masuk separuh dulu, KWSP potong tapi tak masuk pun dalam akaun ktaorg. geram ek keje kekadang kna lebih masa, sabtu ahad pun keje nak kejar siapkan projek. Memang tension!

Hampir 2 tahun jugak aku bertahan di Company A. Memang tak payah citer berapa byk keje aku apply and dah byk aku pergi interview. Siap pernah aku curi2 pegi interview time keje. huhu. Tak baik kan?

Walaubagaimanapun, secara jujur aku banyak sgt belaja tentang perkara baru yang aku aplikasikan sampai aku keje sekarang. Terutama bidang kerjaya aku. Walaupun ade banyak perkara yang menyebabkan aku melangkah kaki keluar dari company A, tapi aku tetap berterima kasih pada bos2 & ofismate2 lama aku dulu yang byk beri tunjuk ajar.


Kini....

Akhir 2009 : Alhamdulillah, berkat doa mak ayah, aku dapat tawaran bertugas di sebuah organisasi Badan Berkanun. Walaupun as contract staff, aku terima jugak. Walaupun jauh dari KL, aku sanggup harungi. Memamg aku tak fikir panjang. Alhamdulillah, aku masih lagi diperlukan di organisasi sekarang.
Aku telah menjalankan tugas sebagai contract staff hampir 3 tahun. Pentadbiran lebih tersusun. Kemudahan & benefit pun banyak. Aku sgt bersyukur kalo nak compare dengan company sebelum ni. Sebab tu aku tak kisah sgt aku contract. Honestly, aku gembira dengan kerjaya aku sekarang dan di mana tempat aku bekerja.

Harini...Alhamdulillah aku telah menerima Anugerah Terpuji semperna anugerah Kecemerlangan & Inovasi 2011. Seriously aku sangat terharu. Dan aku rasa masih belum matang utk anugerah ini. Aku harap ini akan memotivasikan diri aku & rakan2 utk kerja lebih cemerlang & gemilang. Tak kira staff tetap atau kontrak. Berkat usaha aku & rakan2 juga, kami memenangi Anugerah Inovasi & Rekacipta bagi pembangunan sistem. Alhamdulillah.

Berkongsi kegembiraan juga untuk bos yang menerima Anugerah Pentadbir Cemerlang. Bestnye dapat hadiah melanjutkan pelajaran ke luar negara. Rezeki baby dalam perut...Bos yang banyak memberi tunjuk ajar utk aku & rakan2.

Bagi aku, anugerah tidak semestinya kita yang terbaik. Anugerah lebih memotivasikan diri kita utk terus melakukan yang LEBIH BAIK dan IKHLAS.

Apepun....kepada hubby ku tersayang
Dalam hati ini, masih lagi teringin untuk jadi housewife sepenuh masa menjaga & mendidik sendiri anak2.



You Might Also Like

5 comments

  1. alhamdulilah..semoga mama cik merah sukses selalu.

    amin..:)

    ReplyDelete
  2. Congrate..best tu dpt anugerah.sekurang2 nya segala usaha selama ni di hargai tak kisahla as contract staff pun kan..

    ReplyDelete
  3. Rezeki baby dlm perut ke...merah dah na jadi kakak ke...congrat dear :)

    ReplyDelete
  4. Huda dapat interview PTM kat USIM 11Jun ni. Ada insider tips?

    ReplyDelete
  5. wah! even contract pun still kerje yang baik! seronok kalau ada suasana kerja yang best..susah nak dapat tu...hehe.. :)

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe