Menjaga Gigi Kanak-kanak
4:58:00 PM
Humairah memang cepat sangat tumbuh gigi. Agaknya sebab tu dia lambat cakap kot. logik ke alasan tu? haha.Tapi mamanyer malas nak cuci gigi anak. huhu. Ikut mood jugakla. kalo sempat amik kain je tenyeh gigi cik merah tu.
Cik merah plak pandai gosok gigi. Tapi bila kita letak ubat gigi dia tak suka. Terus kumur-kumur. Now, sy sedang cuba untuk elakkan minum susu melalui botol. Since cik merah pun dah kurang minum susu dengan botol. Nak melekap dengan mama je. Dah pandai minum air masak or lain-lain air semua guna cawan ataupun botol yang ada straw tu.
Ade sumber saya pernah curi-curi baca kat kedai buku, untuk elakkan gigi bayi rosak, elakkan minum menggunakan botol susu bila dah berumur setahun ke atas. Sebab tu kalo kita tengok puting botol contohnyer jenama Avent hanya sampai 6months ++ je.
Saya kongsi Tips Penjagaan Gigi Kanak-Kanak {Sumber : Berita Harian}
Ketahui panduan menjaga kesihatan oral dengan betul
KETIKA dilahirkan, lazimnya gigi bayi sudah terbentuk walaupun masih tidak kelihatan. Gigi berkenaan akan mula keluar pada usia enam bulan, namun ada juga sesetengah bayi yang mengalami pertumbuhan gigi lebih awal dan tidak kurang juga yang agak lewat.
Bagi kebanyakan bayi, gigi yang mula tumbuh ialah dua gigi depan bahagian bawah, diikuti empat gigi bahagian atas. Selepas itu barulah gigi lain mulai tumbuh, lazimnya dua sekali gus di satu rahang diikuti rahang sebelahnya. Pada umumnya, setiap kanak-kanak mesti mempunyai 20 gigi susu keseluruhannya ketika mencapai usia 36 bulan.
Begitu pun, kebiasaannya anda akan dapat melihat ruang antara gigi susu si kecil memandangkan ada perbezaan antara gigi susu dengan gigi dewasa. Ini bagi membolehkan pembentukan gigi dewasa kelak, selain memudahkan anda menggosok gigi si kecil.
Menjaga gigi susu
• Membantu kanak-kanak menggigit dan mengunyah.
• Membuatkan kanak-kanak tampak menarik.
• Membantu kanak-kanak bertutur dengan lancar.
• Membantu gigi dewasa berada pada kedudukan betul kelak.
Ibu bapa digalakkan memberus gigi anak menggunakan berus gigi apabila bayi sudah mempunyai empat gigi sekali gus, sama ada di atas atau di bawah. Pilih berus gigi lembut dengan berus nilon. Anda juga boleh menjadikan berus itu lebih lembut dengan merendamnya dalam air suam untuk beberapa minit.
Gunakan ubat gigi berflourida dengan saiz sebiji kacang atau bersihkan berus gigi dengan air biasa. Ingatlah, anak anda mungkin akan cuba menelan ubat gigi berkenaan. Menelan terlalu banyak ubat gigi berflourida boleh menyebabkan masalah kosmetik pada gigi dewasa kelak.
Pada masa sama, bersihkan gusi yang tiada gigi dengan kain lembut. Pastikan anda menggunakan flos sekali sehari apabila ada dua gigi yang tumbuh bersebelahan. Sebaiknya bincangkan masalah gigi anak anda dengan doktor gigi atau doktor paediatrik.
Ada ketikanya, anak anda mungkin ingin mencuba untuk menggosok sendiri giginya. Sebenarnya, tidak menjadi masalah bagi melatih si kecil anda untuk menggosok sendiri giginya, asalkan anda pastikan dia berjaya menggosok semua giginya dengan betul.
Kanak-kanak akan dapat menggosok gigi dengan betul ketika mereka berusia tujuh atau lapan tahun, justeru sebaiknya penting bagi anda untuk memeriksa gigi mereka setiap hari.
Kerosakan gigi akibat susu
Kerosakan gigi akibat tabiat meminum susu adalah serius, tetapi boleh dicegah. Ini boleh berlaku apabila gigi terdedah kepada gula dalam karbohidrat untuk jangka masa yang lama. Karbohidrat dalam bentuk cecair seperti jus buah-buahan dan susu mulai dicerna dalam mulut untuk ditukar kepada bentuk gula.
Oleh itu, apabila cecair itu dibiarkan berada lama dalam mulut, bakteria akan mula memakan gula yang ada dan dalam proses itu. Bakteria berkenaan akan menghasilkan asid yang boleh menyebabkan gigi mengalami kerosakan.
Lazimnya, ini berlaku jika bayi:
• Tidur sambil minum susu, jus atau air manis. • Minum air manis atau susu sebelum masuk tidur.
• Diberikan puting yang dicelup dalam madu, gula atau cecair manis.
Bagaimanapun, susu ibu tidak akan menyebabkan kerosakan gigi melainkan ia diberi bersama sumber karbohidrat. Bayi yang diberi diet campuran berisiko mengalami kerosakan gigi, namun kajian menunjukkan kerosakan gigi bukan sekadar berpunca daripada apa yang diminum, sebaliknya berapa kerap anak anda minum.
Panduan elak kerosakan gigi bayi:
• Jangan tidurkan bayi anda dengan sebotol susu mengandungi sumber karbohidrat. Ini termasuk minuman lain kecuali air biasa.
• Ceraikan susu si kecil ketika usia 12 atau 14 bulan dengan nasihat daripada paediatrik anda.
• Jangan tenangkan bayi anda untuk waktu tidur pada siang hari menggunakan botol susu, melainkan anda menggunakan air biasa.
• Jangan celup puting dengan cecair manis.
• Jangan campur gula dalam makanan si kecil.
• Bersihkan gigi dan gusi selepas waktu makan.
• Bawa bayi bertemu doktor gigi sebaik gigi susu pertama mula tumbuh.
• Ajar anak anda untuk minum menggunakan cawan.
Pemeriksaan doktor gigi
Menurut American Academy of Pediatric Dentistry, kanak-kanak wajar dibawa bertemu doktor gigi apabila dia meraikan ulang tahun kelahiran yang pertama bagi mengelakkan mereka mengalami kerosakan gigi pada usia muda.
Walaupun idea itu masih agak janggal di negara ini, amalan itu dicadangkan oleh kebanyakan pakar pergigian. Lebih satu daripada empat kanak-kanak di Amerika Syarikat didapati mempunyai kaviti ketika berusia empat tahun, dan ada yang seawal usia dua tahun.
Bagi mengelakkan kaviti pada usia muda, ibu bapa digalakkan memahami panduan penjagaan gigi dan pengurusan makanan yang betul untuk kanak-kanak kecil.
Oleh itu, apabila bertemu dengan doktor gigi, ibu bapa digalakkan mendapatkan maklumat seperti cara menjaga gigi yang betul, penggunaan betul ubat gigi berflourida, tabiat oral termasuk menghisap jari dan hubungan antara diet dan kesihatan oral.
6 comments
kasut cik merahhhh chantekkkkk ;)
ReplyDeletenajla masa baby dulu gosok pakai silicon brush tu nak. dah besar ni bila pakai berus gigi tanak pulak.. adoi!
ReplyDeletecanteknmya kasut dia..
ReplyDeletesuka entri ni ;)panduan buat saya
@Dalila Khalid
ReplyDeletehehe...kasut dah lama beli tapi baru leh pakai sebab besar
@azian abdullah
ReplyDeleterisaula azian tak dapat jaga gigi anak dgn baik. gigi cepat tumbuh plak tu. comel je mcm gigi arnab
@azy
ReplyDeletepanduan buat semua & rakan yg lain.