My Rambut Berguguran

8:38:00 AM

Ya habibi ya maulana

Lately ni rambutku gugur dengan jayanya. boleh tersumbat bilik air kalo tgk rambut yg berguguran. mmg since study lg mengalami masalah rambut gugur. tp xderla sebanyak mcm skrg ni. time pregnant mmg tak de masalah rambut gugur. rasa rambut sehat je. after bersalin plak tak berapa ketara keguguran rambut.

tp...bila humairah dah 3 months, rambut dah start gugur tahap gaban! especially bila syampu rambut. kdg2 bila baring, tdo pun rambut penuh kat bantal. my mom pun dah bising bersepah rambut kat umah. humairah pun kdg2 ade terlekat rambut. tp actually sy suka...sebab rambut sy mmg tebal.hehee. oh nak potong rambut!

Org tua2 kata rambut gugur sbb baby menyembur. ish...humairah mmg pandai bab2 menyembur2 ni. kelakar pun ade kalo time dia menyembur tu. org plg slalu kna sembur is atok & nenek. hehe.

just nak share [source]

Apa yang anda perlu ketahui:
  • Keguguran rambut selepas bersalin adalah normal.
  • Wanita mempunyai anggaran 100,000 helai rambut di atas kulit kepalanya.
  • Purata 100 helai rambut gugur setiap hari.
  • Pertambahan hormon estrogen semasa hamil menyebabkan rambut tumbuh dengan lebih banyak.
  • Jadi semasa hamil, rambut anda biasanya lebih tebal dan lebih sihat.
  • Selepas anda bersalin, paras hormon akan kembali normal.
  • 2-3 bulan selepas itu anda akan mengalami keguguran rambut yang agak teruk terutamanya jika keturunan anda ada masalah botak. Teori orang-orang lama mengatakan bahawa keadaan ini mula berlaku apabila anak mula menyemburkan air liurnya.
  • Keadaan ini akan berterusan selama 3-6 bulan lagi dan mungkin sehingga 9 bulan.
  • Ia tidak dipengaruhi oleh penyusuan susu ibu.
  • Selepas ini pertumbuhan dan keadaan rambut akan kembali kepada keadaan sebelum anda hamil.
Untuk mengurangkannya:
  • Ada ibu akan mula memotong rambut selepas ini kerana rambut yang pendek sedikit sebanyak dapat mengurangkan masalah keguguran rambut selain daripada mudah diurus.
  • Rambut ibu yang panjang mungkin boleh membelit tangan, kaki atau lain-lain anggota badan bayi membuatkan bayi berasa sakit dan tidak selesa.
  • Jangan lupa, teruskan ambil makanan yang sihat dengan protin dan zat besi secukupnya.
  • Anda boleh meneruskan pengambilan vitamin pranatal anda.
  • Gunakan sikat lembut dan sikat rambut dengan cermat untuk mengelakkan sikat menarik rambut dengan lebih banyak. Elakkan menyikat rambut semasa rambut basah.
  • Elakkan membuat rawatan menggunakan bahan kimia seperti mengerinting, mewarnakan dan sebagainya sehingga rambut kembali normal.
  • Bersabarlah, kerana keadaan ini hanya sementara sahaja.
  • Beritahu doktor anda jika keguguran rambut sangat serius terutamanya jika terdapat gejala lain.
Sumber:dermatology.svhm.org.au dan Postpartum hair loss, babycenter.com

Cara saya mengatasinya:

Potong rambut lebih pendek. Rambut pendek lebih senang dijaga dan tidak membahayakan bayi. Rambut yang gugur boleh membelit bayi anda yang boleh menyebabkan kesakitan pada bayi. Dinasihatkan kerapkan menyapu/vacuum untuk membuang rambut yang gugur. Sekiranya bayi menangis tanpa sebab, pastikan samada ada rambut yang terbelit pada badan bayi.


You Might Also Like

4 comments

  1. biase ai dengar tu.. even kucing ai yang baru beranak ppn bulu nyer gugur banyak.ai ingat sakit.. biler bawak gi specialist doc kate normaL.. same gak macam kite manusia ni.. that time ai baru tau...:)

    ReplyDelete
  2. nk kn potong rambut jgk..tp sayang..huhuhu

    ReplyDelete
  3. comei la si merah nih. mate bulat ;)

    ReplyDelete
  4. dun worry..its temporary..slowly lps tu xde dh rambut asik gugur

    cuma kena sabar jelah..its part n partial of being mum

    ReplyDelete