Kelahiran My Little Imam Part 2

11:41:00 AM

Continue Kelahiran My Little Imam Part 1

7th February 2014 (Jumaat)


Hari yang ditunggu-tunggu...

Saya bangun seawal pagi...
Masih berharap supaya ade tanda sebelum ke hospital. 
Tapi tetap tiada...sy redha...

Lepas solat subuh sy dh ready. Apepun yg berlaku...sy percaya itu semua takdir Allah.
Allah Maha mengetahui.

Entah kenape Humairah yg slalu susahnya nak bangun pagi pergi sekolah pun bangun.
Bangun nak memberi semangat pada mama.
"Humairah....Mama nak pergi Hospital, nak keluarkan baby dalam perut mama ni...".

Sy & hubby bertolak dari rumah my parents seawal 8 Pagi.
Sebelum pergi ke Hospital, sy singgah bersarapan bersama hubby.
Kali ni tak nak skip meal, sebab takut nanti tak der tenaga untuk bersalin.
Pengajaran dari pengalaman bersalin Humairah sebab tak makan dari lunch sampaila bersalin 3 pagi.

Sampai ke HPJ. Husband parking di Hospital Kanser.
Berjalanlah sy & suami ke HPJ. Tak kisah dah jalan jauh.
Confius nak pergi ke bahagian mana, kami terus ke kecemasan.
Staf di kecemasan minta sy refer ke Dewan bersalin di bahagian atas kecemasan.

Alhamdulillah sy dilayan dgn baik oleh staf di situ.
Takut jugak bila ditolak ke Hospital lain. Sebabnyer bnyk jgak cerita kena tolak ke hospital lain sebab wad penuh.
Sy diminta ke Kaunter Pendaftaran Kemasukan Wad di Lobi HPJ.
Sy diberitahu wad penuh dan HPJ akan hubungi semula bila ada kekosongan.

Sedikit sebanyak debaran itu hilang.
Kami tak terus pulang ke rumah, sy request untuk jalan-jalan di The Mines.
Masih berharap supaya ada bukaan sebelum induce.
Sebelum Zohor, kami pulang semula ke rumah parents memandangkan husband nak solat Jumaat.

Sampai jer rumah, 1st question Humairah "Mama....mana baby??".
Gelak sy dengar...seronoknya kalo dpt keluarkan baby secepat itu.

Lebih kurang jam 5 petang, sy dpt panggilan dari HPJ untuk daftar masuk ke wad.
Katanya datang cepat sebelum jam 9 malam.
Sy pun decide utk pergi lepas Maghrib.

Selesai daftar masuk wad & pakai gelang keramat.
Perkara plg tak best adalah berpisah dgn husband. Sebak ok!
Mulala proses check BSP, CTG bagai

1st time ok tidur hospital. Humairah dulu bersalin 3 pagi, petang dh discharge.

8th February 2014 (Sabtu)




Nurse seawal 4 pagi utk amik BSP & CTG.
Sempat lagi kata dgn nurse rasa mcm ade contraction.
Nurse tolong check contraction. Tapi katanya belum heavy lagi.

6 pagi...sy terus mandi & solat subuh.

Katanya doktor induce jam 7 pagi. Sebelum jam 7 pagi doktor dah panggil ke bilik untuk induce.
Ade beberapa org patient yg serah diri utk induce.
Sempat jgak berkongsi cerita dengan patient yg nak masuk kali ke-3 induce. Tapi baru buka 2 cm.
Ya Allah...dalam hati berdoa semoga urusan dipermudahkan.

Melangkah ke bilik untuk induce...sy redha.
Bila doktor check bukaan, 1 and half nak ke 2 cm.
Sakit mmgla sakitkan bila kena seluk. Tapi kali ni dh pandai ckit tahan sakit dgn tarik nafas.
Doktor kata kita induce jgak yer. Lepas tu, doktor minta sy baring dalam masa 1 jam di katil.

1 jam berlalu...lepas jer breakfast, sy mulala berjalan pusing wad.
Siap request kat nurse nak turun bawah, hahaaa! nurse kata tak boleh. Yerla takut jadi ape2.
Wad bersalin tu comel sgt. rasa bosan nurse tgk muka sy pusing2 1 wad tu. 

11 Pagi...
Dah mula rasa contraction. tapi masih bleh tahan & borak2 lagi dgn patient lain.

12 Tengahari...Dah tak boleh dok diam rasanya. Lunch sampai terus makan sebelum selera hilang.
Gagahkan diri walaupun kejap duduk & bangun.

1.30 Petang...
Bila husband dtg melawat, lagila mengada lebih kan.
Doktor datang check bukaan baru 2 nak ke 3 cm.
Ya Allah....baru 3 cm ker?

Nurse offer utk ambik ubat tahan sakit. As usual, ubat tahan sakit just memaikan jer.
Bila contraction, rasa sakit jgak.

3 Petang...Dah start guling2 atas katil, nurse pun risau & doktor check bukaan lagi. Masih 3 cm.
Patient depan katil pun beri semangat & ingatkan doa-doa utk dibaca.
Rasa terharu sgt...

4.30 petang...
Husband dtg melawat sesi petang. Time tu sakit yang amat sgt. Inilah dia contraction rupanya.
Tetiba rasa mcm air keluar...mungkin inilah yg dikatakan air ketuban.
Cepat2 minta husband panggil doktor.
Sekali lagi berdesup air ketuban keluar dengan jayanya.

Doktor datang check bukaan dah 4 cm.
Doktor seluk nak pecahkan air ketuban lagi kot.
Rasa nak marah doktor time tu sebab air ketuban dh byk keluar kot.

Time tu dah mmg sakit sgt. Time tu jgakla doktor nak amik darah bagai.
Nak angkat tangan pun mmg tak larat.
Tetiba darah pulak keluar. Tak tahu nak cakap darah ape.
Badan rasa lemah sgt time tu.

Hampir 5 Petang...
Sy ditolak ke Labour room. menggunakan wheel chair.
Time tu rasa nak meneran pun ade. Tapi tadi doc kata baru 4 cm.
Seriously sy teran ckit2 sebab sedikit sebanyak bleh hilangkan rasa sakit.
Sampai labour room, nurse pesan jangan meneran, nanti luka &  kepala baby bengkak.
Senyap-senyap, sy teran jgak sebab tak tahan sakit.

Sampai labour room, doktor tanya nak amik ape2 utk tahan sakit?
Yes...sy request for epidural sebab dh tak tahan sgt.
Time tu la nurse suruh baca artikel tentang epidural.
Boleh korg imagine...time sakit2 tu nak baca artikel.
Last skali nurse tu letak je atas badan sy utk baca...huhu.
Gagahkan la baca jgak...

Sebelum amik epidural, skali lg nurse check bukaan.
Tetiba nurse kata dah full!
Siap tanya sy, "Awak tak rasa nak meneran ke?"
Dalam hati nurse tak bagi meneran, sy senyap jer la

Tak sempat cucuk epidural. Kelam kabut nurse wat preparation.
Tak sampai 5 minit, Nurse dah suruh push... sempat lagi tanya mana husband sy.
1-2 kali push, rasa macam tak kena skill jer.
Kali ke-3, Nurse kata dia nak gunting ckit. Alhamdulillah, my Little Imam keluar jam 5.50 ptg.
Terus minta kami sahkan jantina baby & nurse baringkan baby atas sy.
Katanya bagi ada bau mak.

Allah Akhbar! Allah Akhbar!
Lahirnya umat Nabi Muhammad.
Pengalaman ke-2 di labour room dalam masa yg singkat.
Alhamdulillah diberi kekuatan utk melahirkan my little imam.

To be continued Part 3...

You Might Also Like

6 comments

  1. tetiba rasa nk nangis baca,

    huhu. tahniah faeza. alhamdulillah sume nye selamat.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah...
    Teringat msa akk bersalinkan ank no4 dulu..hehe

    ReplyDelete
  3. alhamdulillah...sekejap je da 10cm..maybe hasil dr teran sikit2 tu kot..hehehe..

    ReplyDelete
  4. Dah lama x blog walking, tau2 dah bersalin. Tahniah!

    ReplyDelete
  5. tahniah.. selamat berpantang dear.. :D

    ReplyDelete
  6. Faeza...azian dh mule nervous plak ni. Btw congrats...dh selesai. Selamat berpantang

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe