Air Buah Gelas Besar Terengganu

2:53:00 PM

Hampir seminggu aku berkampung di Kuala Terengganu.
Meninggalkan anak-anak & suami tercinta.

Patah kaki jugakla sebab pergi naik flight.
Dok terperap dalam hotel je la.

Mujur hotel ada buat shuttle ke Pasar Payang.
Dapatla juga cuci mata kat Pasar Payang.
Rambang mata tengok batik-batik yang cun meletop!
Mujur time pegi tu tertinggal purse kat hotel.
Selamat duit. Selamat kad-kad yang ada.

Pemandangan dari bilik. Hotel Primula Beach Resort, Kuala Terengganu.

Mujur boss datang bawak makan-makan.
Dapatla merasa Air Buah Gelas Besar Terengganu (Air Buah Pak San).
1st time sampai ke sini.
Segala jenis air buah ada. Ciku, Durian Belanda, Nenas..
Order je la. Ikut saiz nak kecil, medium atau besar.

Saya order air buah naga medium size. Makan dengan boss of course la boss belanja kan!
Keropok leko super duper sedap goreng panas-panas.
Hantar je habis licin kami makan.
Tapi bila goreng sendiri kat rumah tak sesedap yang rasa kat kedai pun. huhu.

Kat sini macam-macam makanan ade lagi.
Nasi Lemak, Laksa Terengganu.
Korang yang datang Terengganu bolehla singgah sini.
Senang je nak cari. Tepi jalan jer jalan menuju airport.
Rasanya buka start dari petang. Senang citer korang datangla malam, confirm dah buka!



You Might Also Like

1 comments

  1. dah lama x g bercuti.. .Terengganu pun dah lama x g.. last g masa 8 thn lepas

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe