Anniversary Getaway : Tanjung Jara Part 1

10:30:00 AM

Lama sangat entry dok peram.
Nie entry Part 1. Bertabahlah nak tunggu part seterusnya.
Sampai dah berbau. Tapi masih wangi di hati.
Boleh gitu!

Plan asalnya sebab nak bawa Muhammad Naqeeb rasa naik kapal terbang.
Untung anak-anak sekarang, dari kecil dah dapat rasa naik kapal terbang.
Bak kata Air Asia 'Now...everyone can fly'
Kakak pun excited walaupun rasanya dah lebih 4 kali dia naik terbang sejak umur 6 bulan lagi.

Kami menaiki flight Air Asia ke Kuala Terengganu jam 11 pagi.
Tak sempat nak tidur dengan nyenyak dah nak landing.
Alhamdulillah +-45 minit dah sampai.

Sebelum datang, hubby dah deal untuk sewa kereta sepanjang di Terengganu.
Sampai di Airport Kuala Terengganu, kereta pun dah tersedia.
Kami meneruskan perjalanan ke Tanjung Jara.
Perjalanan dari Kuala Terengganu ke Tanjung Jara makan masa lebih kurang 1 jam.

Sepanjang perjalanan, seronok rasanya melihat keindahan susasana kampung.
Sampai satu kawasan, sepanjang jalan orang jual sata.
Sampai satu kawasan lain, sepanjang jalan orang jual jagung.
Sampai satu kawasan lain pula, sepanjang jalan orang jual Buah Tembikai.

Alhamdulillah sampai ke Tanjung Jara Resort disambut dengan pukulan gong.
Mujur bukan kompang. hehehe.
Nama pun hotel 5 star kan. Staf situ semua friendly.
Terutama pakcik ganu yang pukol gong.

Kitaorang terus dihidangkan dengan welcome drink & wet towel.
Air Bunga Raya (Hibiscus) sedap sangat. Rasanya campur dengan ais krim soda.
Rasa lega sangat setelah penat sepanjang jalan.

Sementara hubby check in. Jalan-jalan di area lobby.
Menikmati kenyamanan Tanjung Jara Resort.
Bukan staf je yang peramah, semua tourist kat situ pun peramah.
Dah macam rumah diorang agaknya kat situ.

Lepas selesai check in...kami di bawa tour sepanjang kawasan resort dahulu sebelum ke bilik.
Nanti sambung cerita bilik yang ok!

 
 



 
Welcome drink. Hibiscus drink & Kuih cara
 
 Bersungguh minum. Ingat air sirap ke tu?

 Landing dulu kat lobi



You Might Also Like

0 comments

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe