Balik Kampung Kutip Rambutan

11:08:00 AM

Anak-anak memang excited kalau cakap nak balik kampung!
Selagi tak naik kereta, selagi itu la tak berhenti tanya 'Bila kita nak balik kampung mama?"

Syukurla anak-anak masih ada kampung.
Dapatla anak-anak merasa suasana kampung.

Alhamdulillah, rezeki balik kampung.
Rambutan dah berbuah. Walaupun bukan semua pokok.
Tapi dah meriah sangat dah! Rezeki berbudi di bumi Allah.

Langkah kaki kanan, rezeki pulak tu.
Nenek tengah goreng cempedak.
Masuk rumah dah berbau semerbak.
Makan dulu cempedak. Lepas tu zasssssss...

Terus keluar pegi kutip rambutan kat depan rumah nenek.
Lepas tu ke belakang pulak kutip buah cempedak.

Seronok Humairah dapat kutip buah rambutan.
Si Muhammad tak der mood sebab baru bangun tidur.

Walaupun balik kampung sekejap jer.
Tapi happy sebab dapat berkumpul ramai-ramai.
Sambil menikmati buah-buahan segar.
Anak-anak pun dapat berlari riang.

Terima Kasih Ya Allah atas nikmat ini.












You Might Also Like

1 comments

  1. Wah sedap nye..
    Tak sbr nk balik weekend ni mkn buah rambutnya dgn langsat..

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe