Demam Ramadhan

10:36:00 AM

Hallo!
Arini sgt excited! Hubby balik dr NZ malam ni. oh sgt rindu!
Nak cari mood berblog since dh lama tak hapdate blog ni.

Last 2 weeks. My miss merah demam tak baik2. on off on off!
Kejap2 badan panas. tp tetap aktif bermain. Doctor pesan kalo demam yg 3-4 hari tak baik2, dia suggestkan pegi hospital amik darah takut suspect denggi. Then after buka pose, sy & hubby bawak merah ke PPUKM. Bawak merah melawat tempat lahir dia. hehehe. Nasib baik kebetulan plak time tu kat rumah my parents @ BTR. My mom dh pesan yg proses kat situ akan berjam-jam! ok tak kisah...dalam hati hopefully tak lama mana la kan!

8.30pm : Smpi PPUKM. Then terus ke bahagian emergency. Sampai je terus dia check suhu badan humairah and wat la pe yg patut. sebenarnya tak pasti ape yg diaorg check! cam letak ala2 penyepit baju kat kaki cik merah. Pastu bawak masuk utk check guna mesin plak. pun tak pasti ape fungsinyer. huhu.

9.15 pm : Humairah kna amik darah. Ya Allah sgt kesian time ni. tp sy tak brape nak emosio sgt. sbb time merah  kna jaundice dulu cam dh biasa tgk nurse cucuk sana sini. Tp kali sgt kesian sbb nurse cucuk byk tempat tgn kiri, tgn kanan, kaki utk amik darah. Tp tak berjaya! darah tak keluar. kesian sgt merah nangis kuat sgt. smpi 2-3 org nurse dtg amik darah pun tak dpt jgak. huhu. geram pun ade dioarg ni. kesian bdak botak ni! dh smpai xde suara nak nangis....

Then kna register. Lucky I'm gomen staff. tak kna charge. So lain kali kna bawa GL ok! kalo tak dia tak nak layan! Peringatan...GL kna ade slalu dalam simpanan. in case!

10.00 pm : Jumpa doktor utk consultation. Doktor kata look like xde masalah. Tp tetap kna amik darah. Kali ni turn doc plak yg amik darah cik merah. Alhamdulillah sekali cucuk je. good job doctor! Hasil ujian kna tgu dalam 1 hour! warghhhhhhhhhhh...lama ok!nak mkn pun tak lalu sgt...

11.00 pm : Jumpa doc lg utk result darah merah. Doc inform bacaan darah kotor agak tinggi.  (aku pun lupa term2 yg doc tu ckp...huhu. mmg xleh jd doctor aku ni) . So Dock suggestkan wat X-Ray. aduhai kesiannyer kecik2 dh kna XRay. Time tu aku dh pikir mcm2! dh mula bergenang air mata.Nape kna smua ini. Dalam hati....berdoa pada Allah supaya smuanya ok! sebenarnya takut kna warded. huhu! Tak lama...keputusan Xray ejap je dh dpt.

Result Xray....doctor dapati ade jangkitan paru-paru. Aku mula tak keruan. Nape smpi bleh mcmni. baru dok nursery 4 hari!Ya Allah lindungila anak kecil ini. Smpaikankan merah yg peramah tu tak nak dgn doctor. Aku lg sedih bila doc tu kata kna refer Dr. Pediatrik samada kna warded atau tidak. Aku dgr warded je mulala nak menangis! huhu! 

Makanyer ktaorg kna tgu Dr. Pediatrik utk lanjutan...Lama giler ok! aku dh hampir hilang sabar. rasa nak cabut lari je balik umah sbb lama sgt. Kehulu kehilir la aku kat situ. Dalam kol 1.30 pagi baru ktaorg dapat jumpa Dr. Pediatrik.

1.30 am : Alahai comelnye Dr. Pediatrik ni. patrutla jd doc kanak2. Doc nie tanya aku & hubby mcm kat balai polis plak. smualah dia siasat...keje, rumah, nursery, adik beradik, parents. Sekali lagi mcm2 benda la doc ni check. aku pun tak paham. yg aku tahu dia check suhu badan. Bagus la doc ni...sgt details.satu persatu dia check and bgtau ktaorg.

Ayat yg plg aku ingat "Bagus budak kecik2 demam. Dia dah test antibodi dia. So next time bila dia demam, badan dia dh tau nak run antibodi". Lega dgr doc ckp mcmtu. Maksudnyer bdak kecik demam tu normal la. 

Doc ckp tak byk masalah. So tak kna warded! Alhamdulillah! Dia just masukkan ubat bontot and bagi antibiotik. Alhamdulillah smua settle walaupun berjam-jam kat situ. At least kta dh tak risau sgt sbb dah check smua details. Smoga smuanyer dalam lindungan Allah. Insyallah...

Smpi umah dalam kol 2.00 pagi....hubby terus sahur & tdo! 

Time nak amik darah...
Cucuk sana sini...


sgt kesian my merah...smpi bengkak2 mata nangis...nak dgn papa je. nenen baru nk dgn mama!

buku rekod kuning...

Tdo atas papa mmg la best kan merah. empuk! tq Hubby! love u!


You Might Also Like

1 comments

  1. Kecian merah.. Wani biasa warded dgn auni slama 4hari.. Tp lpas kuar dmam truk gak sbb xsakit g duk hospitl..hehehe

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe