NZ Day 3 : Lake Tekapo

8:43:00 AM

Salam Jumaat....

Misi menghabiskan entry jalan jalan sebelum jadi citer basi...
More entry coming up!
Tapi...tak tahu bila dapat dihabiskan.

Day 3 : Lake Tekapo

Lake Tekapo adalah last minute decison. Sebab asalnyer hubby plan nak pegi Mt Sunday tempat Lord of The Rings @ Edoras. Info : Lord of The Rings tour. Siap tak tdo malam google pasal tempat ni. Tapi sy mcm tak brape setuju bcoz take time nak pegi sana and return back to Christchurch. Macam tak sesuai utk bawak baby mcm cik merah. 

Our plan change to Lake Tekapo. About 4-5 hours from Christchurch. Dah la bangun lambat. Pastu kna balik awal sbb takut jalan gelap. Perjalanan ke Lake Tekapo melalui pekan-pekan kecil Rakaia, Ashburton, Geraldine etc. Sepanjang perjalanan sy agak teruja melihat snow mountain.Terfikir jgak sy time tu adakah kami menuju ke arah tu. oh terasa sejuk plak ketika menulis entry ni. Kerana tak mampu menahan mata, sy tertido sebentar bersama cik merah. Yer sy rugi pemandangan....

Sy terjaga bila hubby berhenti utk ambil gambar. Dengan muka mamai sy turun kete & bergambar. Cik Merah plak masih tdo dengan nyenyak.


We continue our journey...we stop at Geraldine. Sunyi and tenang je pekannyer. Hubby pun mcm was was jgak betul ke jalan ke Lake Tekapo. Kebetulan ade Information Center. Yes...we on the right way to Lake Tekapo. The woman very helpful and friendly. Siap bagi free poskad lagi. Sementara hubby get info, sempat la sy grab souvenir kat situ. murah jgak compare to Akaroa.  Hubby plak sempat jgak beli sweater.

Kebetulan pula ader Craft Market kat Geraldine. All handmade craft. Halus je buatanyer. Oh cuci mata jer sebab tak plan nak beli pun and the price quite expensive.yer la namapun handmade.



Kami meneruskan perjalanan ke Lake Tekapo dgn perut berkeroncong. Perjalanan yang dipenuhi bukit bukau yg besar besar. Seriusly, perasaan sy agak takut bila melalui jalan kecil dan disekelilingnyer bukit bukau yg besar besar. Dalam hati ni bila la nak sampai? Kalo bleh nak lelapkan mata. Kenderaan yg lalu lalang plak tak banyak. 

Alhamdulillah bila makcik GPS tu berbunyi barula lega rasanya. Maksudnyer dah hampir sampai ke destinasi. Dan snow mountain  itu semakin dekat dgn kami. Teruja! Tapi snow mountain itu bukanla tempat yg kami tuju. Hanya dapat melihat dari jarak yg agak dekat. Snow mountain itu adalah Aoraki Mount Cook. Insyallah kalo ade rezeki...teringan ke sana.

 

Lake Tekapo lagi sejuk dari Akaroa. Yang teruja bila dapat melihat snow mountain. Ader citer lucu ketika excited bergambar. Kerana kesejukkan sy masukkan tangan ke dalam poket baju. Bila sy keluarkan tangan note NZ$20 (RM 50+) terbang ke atas jalan raya. My bro cuba kejar tapi tak dapat sbb angin sgt kuat. Mujurla kereta tak der sgt kat jalanraya. mmg lucu jgak bila teringat my bro kejar duit tu. hehe. Oleh kerana memikirkan nilainyer, sy ajak hubby undur kereta utk cari. Alhamdulillah rezeki sy, duit tu terselit di celah rumput. 

Ader juga cerita sedih dan kesian. Setelah kami bergambar seketika di seberang jalan, sampai di kerete Cik Merah dah terjaga dari tido and sedang menangis dalam car seat. huhu. kesian cik merah bangun tdo tgk tak der org. sorry cik merah!**peringatan jgn biarkan anak tinggal seorg diri di dalam kete!


 

Setelah bergambar sakan, kami mengisi perut. Fish & Chip adalah pilihan kami. Seperti biasa akan amik 2 set and share!


Lepas makan sambung amik gambar lagi. Bawak cik merah kejar burung kesukaan. menikmati keindahan alam. gedebak gedebuk jalan jalan kami pulang. tak lama kat sana sbb ktaorg kna pulang sebelum hari gelap. If ader peluang rasa nak stay a night menikmati keindahan alam di Lake Tekapo!

You Might Also Like

2 comments

  1. alala...comelnye merah. dah besar dah. macam baru jer kite cite pasal bersalin kan faeza... how time flies T_T

    ReplyDelete
  2. cian cik merah bangun tido tingal sorang2 ye...cantknyer gunung salji itu...

    ReplyDelete