Home Idea : Foyer Deco

12:06:00 PM

Mood rindu my home sweet home.
Since keadaan yg tak brape sehat sy melepak rumah parents dah seminggu.
Humairah plak dah seminggu tak pergi taska. Mengelat!

Hari ni kena balik rumah kemas2 rumah nak menyambut kepulangan suami tersayang.
Bising plak hubby kalo tgk rumah lintang pukang nanti.

Jika tetamu melangkah ke teratak kami, Inilah ruang pertama yg tetamu akan lalui.
Inilah ruang foyer kami. Foyer la kan namanya? ader ke nama lain?


Sgt simple. Di dinding foyer ini sy gantung Kufi Canvas 4 Qul bersaiz 2x2 kaki.
Oh yer selingan jap. Creative By Two  sedang wat promo 4 Qul Kufi. Grab it now!

Ade 2 biji kerusi berwarna grey di situ yg sy tak pasti di mana letaknya.
Sentiasa berubah-rubah. Sekejap bawah tangga. Sana sini di bawa ikut mood tuan rumah.
Pernah sy terbaca undang-undang menghias rumah adalah salah meletakkan kerusi di pintu masuk.

Project menghias rumah seterusnya ialah menghias foyer lebih nampak menarik.
Terfikir untuk membeli meja panjang atau meja foyer yg sesuai diletakkan di hadapan pintu masuk.
Kebanyakkan idea meletakkan mirror di wall. Tapi kita ubah la ikut citarasa kta plakkan.
Jom kita terjah idea deco-deco di bahagian foyer pula!




sgt family mood idea ni. suka!



cool idea ni...vintage!


You Might Also Like

16 comments

  1. comel la kerusi tu..beli kt mana faeza??

    ReplyDelete
  2. suka yg no 2.. yg banyak bunga2 tu

    ReplyDelete
  3. aku sangat setuju kalau letak cermin kat foyer tu. salah satu fungsi adalah boleh tengok cermin dulu sebelum keluar rumah, kot tudung tersenget ke, ada cat terpalit kat muka ke.. hehe..

    ReplyDelete
  4. mmg gempak2 idea foyer tu..hmm kita tadop area ni...masuk2 teruih nmpk ruang tamu...tp ada pathway nk ke dapur yg mgkin blh guna idea ni...guna to the max katanya...hihi

    ReplyDelete
  5. siyes cantik! moden n minimalis! boleh Tanya tak, kat mana beli sofa comel tu? ;-))

    ReplyDelete
  6. hye .. suke bce blog sis ..saya dah follow ..
    meh la sggah n follow blog saya :)

    ReplyDelete
  7. Canteknya...boleh singgah blog saya sheisjaz.blogspot.com

    ReplyDelete
  8. kita takde foyer...masuk2 umah teruihhh nmpk living, dining n kitchen hehehe

    ReplyDelete
  9. kita tade foyer...best jgk umah ada foyer gini kan..

    ReplyDelete
  10. bagus awak ni. sebab kan awak, saya bersemangat nak touch up rumah yang dah lama terbiar tak duduk.

    ReplyDelete
  11. bagus awak ni. sebab kan awak, saya bersemangat nak touch up rumah yang dah lama terbiar tak duduk.

    ReplyDelete
  12. cntk yg semuanya t yg 1st lg sempoi...

    ReplyDelete
  13. cantik..combination color yang cantik..

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe