1 Hari di Alor Gajah Melaka

2:46:00 PM

Perjalanan yang mengambil masa hampir 2 jam dari Kuala Lumpur ke Alor Gajah Melaka. Daipada Nilai N9 hanya mengambil masa lbih kurang 1 jam bergantung kepada trafik. Bagi mereka yang rasa untuk berjalan2 selain ke Bandar Melaka, apa kata singgah di  Pekan Alor Gajah Melaka.1 hari pun sudah mencukupi.

Eh tetiba promote kampung sendiri. Just sharing my kampung. Inilah kampungku. dekat jer tak jauh pun. kalo dulu jarang balik kampung. now my parents selalu sgt balik kampung. Diorang rasa best lepak2 kat kampung. Nie kampung belah ayah. Raya of course akan balik sini. Tak raya pertama, raya kedua mesti dh smpi kampung.

Jom Balik Kampung.

Keluar dari tol terus ke kiri. Akan jumpa simpang empat. Itu la dinamakan Simpang Empat.
Terus Kalo nak ke Bandar Melaka or Pekan Alor Gajah.
Belok ke kanan nak singgah beli Pulut panggang yg sedap.
Belok kiri kalo nak ke A'Famosa Resort.

Pulut panggang simpang empat. 5pcs for RM2. lembut pulunyer..
Selalunya kami akan melalui A'Famosa Resort untuk ke rumah nenek di Kampung Gadek.
Kadang2 sempat singgah untuk makan Cendol Pulau Sebang di tepi jalan.

Cendol Pulau Sebang
Perjalanan diteruskan ke rumah nenek di Kg. Gadek. Korg boleh singgah ke Kolam Air Panas Gadek. Dulu kecik jer. Now dah besar and katanya dh ade private kolam utk bilik2 yg kite duduk. Seronok woo rendam kaki dalam air panas. {Santai dik Kolam Air Panas Gadek}.

Inilah kampungku....Humairah suka sgt sebab bleh lari2 keliling rumah.

Rumah nenek
Rumah kampung. Bila pagi sejuk sgt!
Cik merah & onyang. Cayang onyang....
Last weekend balik kampung and kenduri buah ramai2. yeh!!!
Best sebab masih ade lg pokok2 yg berbuah

Rambutan yg masih menghasilkan buah! favorite :)
manggis yg agak malu utk berbuah. ...
durian ni beli kat simpang. sebab neneknye pokok durian tak berbuah plak.
Mangga muda. sedap wat kerabu mangga ni.
Kedondong yg sentiasa berbuah. sedap wat rojak ni!
Limau bali melaka
Jangan lupa singgah ke Gadek Nursery bagi yg berminat utk beli anak pokok, ros, bunga kertas & mcm2 jenis pokok ade. Jemput singgah. Sebelah rumah nenek je di Simpang Gadek. Nursery ni dah lama, sejak sy kecil lg. Hasil usaha maksu, adik kepada yah. Sekarang diuruskan oleh anaknyer yg sulung.

Gadek Nursery. Owner mak
flower la mama!
Landscape..
Pilihan bunga kertas..

Pekan Alor Gajah, yg paling utama jangan lepaskan peluang makan Kuih Udang Alor Gajah. Famous tau! Berhampiran Stesyen Bas Alor Gajah. Ramai especially weekend. Jangan terkejut kalo kna beratur panjang. Boleh juga beli sos kuih udang utk di bawa balik makan bersama cucur udang atau jemput2 bawang. Jemputla lupa singgah di Pasaraya Peladang bersebelahan stesyen minyak Petronas Alor Gajah. Kot2 dahaga nak beli air atau keperluan lain seperti brg2 masak nak wat barbeque ke. Slalu jgak visitors yg bercuti di A Famosa singgah ke sini utk beli barang. Promote bagi pihak maksu. hehe

Kalo yg dtg pada hari sabtu, sebelum pulang bleh singgah ke Pasar Malam Alor Gajah dibuka seawal 5 petang. Selalu favorite ktaorg is Kebab sebab murah & sedap. Kalo bulan ramadhan pun meriah especially air katira, katira melaka n katira johor.

Kalo nak bergambar blehla ke Dataran keris Alor Gajah.

Pasaraya peladang. Alor Gajah Melaka
Kuih Udang Alor Gajah
Sekian cerita kampung saya....drop comments kalo nak tanya ape2 ke? sy tak derla expert. tp blehla bantu ckit2. to bloggers anak jati dr Alor Gajah, please drop ur comments here....

You Might Also Like

10 comments

  1. Lama da x blk Alor gajah. Pekena kuih udang alor gajah mmg cara..

    ReplyDelete
  2. Lama da x blk Alor Gajah. Pekena kuih udang Alor gajah mmg cara...

    ReplyDelete
  3. same la..i pun org alor gajah..umah atok i kt sebelah air panas gadek tu..umah moyang i kt gadek...umah parent i kat seri bayu, depan petronas alor gajah tu..hihihi

    ReplyDelete
  4. kampung belah mak aku kat pulau sebang sana nun. aku tatau pun ada abc sedap and pulut panggang best? kena pergi ni...hehe

    ReplyDelete
  5. Yeayyyyy excited jumpe org kg la.... Lame dah x balik rumah nenek saye kat air pa'abas simpang 4..... Yg paling best is kuig udang alor gajah tuh mmg sodap! :)

    ReplyDelete
  6. Wah bet dpt mkn buah fresh.. Suka la umah kg mcm tu..msti nyaman n sejuk kan.. Humairh pkai bju mcm boboi lah :) hihihi

    ReplyDelete
  7. mgu lepas g melaka..kalau tahu awal kesedapan pulut udang tu mmg shda dah pergi cari..uwaaaa..melepas nak jalan2 alor gajah

    ReplyDelete
  8. "to bloggers anak jati dr Alor Gajah, please drop ur comments here..."

    ok, i anak jati masjid tanah boleh drop comment jg ke?:)
    tp dah half melaka-kedah la nampaknya, since da beli rumah area sini.
    p?s:kampung kat melaka best!!!
    -hannan-(yg pernah email u regarding KC)

    ReplyDelete
  9. :) owhhhh dekat jugak lah rumah nenek kamu nih...rumah mak elin pun alor gajah dekat sri pengkalan :)

    lama x jenguk merah nih.
    sekali tgk dah besar dah ha.....semakin comel dah..

    nih balk kampung kenyang makn buah2 an eh.mcm2 ada tuh,

    ReplyDelete
  10. tempat i sekolah dulu. bamyakbkenangan kat alor gajah. luv this town so kuch ;-)

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe