Day 2 @ Marine Park Pulau Redang

9:02:00 AM

Day 2 : Marine Park Pulau Redang.

Seawal pagi ktaorg semua bangun. 6.30 dah breakfast.Dengan anak2 kecik sekali angkat untuk menaiki bas ke jeti berhampiran. Kali ini aku jadi bujang sebabnyer Cik Merah ditinggalkan bersama atuk n nenek di hotel.

Sampai di Jeti jam 7.15 pagi mmg agak meriah. Gerai2 souviner pun dah buka awal2 pagi lg. Sempat gak la cuci mata kat jeti. Perjalanan ke Marine Park Pulau Redang dari Jeti mengambil masa hampir 1 jam. Memang mabuk laut la! huhu. nasib baik aku tak bawak cik merah. Kalo tak mau muntah dalam boat tu. huhu. Loya2 dah rasa tapi masih boleh bertahan.

Patutnyer Island Hopping. Ade beberapa pulau la akan pergi. Tapi last minute decide utk pergi Marine Park jer. Tu pun dah puas hati gak la. Lagipun kesian jgak sbb kitaorg ramai budak2 kecik & baby. Hari makin panas. Masa sampai ke Pulau mcm tak ramai org lg sebab ktaorg sampai awal jgakla. Tapi bila dh jam 10 makin ramai boat2 berlabuh turunkan org. Jam 12 tenghari kitaorg dah bergerak balik je jeti.

It's great experience dapat snorkeling. 1st time ok! very excited u allsss...
Patutnyer hubby yg snorkeling. Tapi sebab ade hal hubby tak dapat join trip kali ni.
Makanya, bila cik merah tinggal. Aku berpoya bersama mak2 org & jadi bujang sementara. hehe.

Best wooo snorkeling!
Seriously mmg tak confident langsung nak snorkeling. sebab rasa kaki tak jejak tanah.1st trial gagal la sebab cara bernafas pun dah salah. so snorkeling kat tepi pantai je. ade la jgak nampak ikan2 berenang di tepian.

Setelah dipujuk oleh ofismates, dengan confidentnyer joint diorg snorkeling utk kali ke-2. Belajar cara penafasan yg betul. Alhamdulillah, percubaan yang agak baik. Jauh jgakla dapat snorkeling. Tak der la dok tepi pantai je. Of course pakai life jacket sebab sy mmg tak pandai berenang. huhu. Tengok budak2 kecik tu rileks je...

SubhanaAllah, agungNya ciptaan Allah. Sangat cantek. Dapat melihat dasar laut...ikan2 berenang dan terumbu karang. Seriously pantai sangat cantek! Bersih. Kalo bleh nak dtg lagi....

Hubby dearie...
Jom pg bercuti ala-ala Honeymoon ke Pulau Redang naik Berjaya Air tido kat Berjaya Resorts Pulau Redang

pssst....gambar semua dr HP jer. Sebab malas nak bawak camera. menumpang camera org je. hehehe.

Matahri terbit di pagi hari.
Pangkalan jeti
Sedia menaiki boat. Sedia utk mabuk laut
The services
Muka tak sabar nak naik bot.

3 boat kami borong!

Welcome to Pusat Taman Laut
Yeah! dah smpai...

Laut membiru.....ikan sgt banyak. boleh tgk dengan mata kasar je!
bermandian di tepi pantai

Photo ni credit to Cplud Miera's Husband. Sgt tantek semua gambar ni. Like banyak2!



You Might Also Like

0 comments

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe