Day 1 : Merang Terengganu

11:26:00 AM

Tak sangka aku berjaya sampai ke Terengganu.
Kalo tak der family day ofis ni, entah bila la aku sampai ke Ganu.
1st time ke Terengganu ketika berumur 5 tahun,  itupun naik flight.
Kire ni 1st time la aku ke Ganu melalui jalan darat. Eh..cik merah pun 1st time jgak.

Bertolak Jumaat pagi seawal jam 5 pagi dari Semenyih. Untuk mengelakkan jammed kat MRR2.
Cik merah tau plak nk g jalan. Dia pun bangun awal.
Berhenti di Petronas Gombak untuk solat Subuh sebelum meneruskan jalan.

Suasana pagi yg menyamankan....matahari pun malu2 nak terbit.

Perjalanan diteruskan ke Hentian Gambang utk breakfast sebab sy ingatkan highway je sampai Kuala Terengganu. Rupanyer sampai exit Jabor je dah lalu jalan biasa. huhu. Ayah plak tak kabo!
So next time better breakfast kat area Kemaman atau Cherating. Byk gerai2 kampung yg mungkin lebih menarik.

Perjalanan di teruskan ke Merang. Bukang Marang tau!
1st time jugak lalu Bandar Petronas, Kertih. Kagum jap.
Merang jauh jugak rupanya. 30 minit perjalanan dari Kuala Terengganu.
Lagi 2 jam nak sampai Kota Bharu Kelantan.

Sampai kat hotel jam 1 tengahari sebab tersesat jap masuk jalan kampung. hehe.
Kami menetap di Merang Suria Resort. Dekat dengan Jeti ke Pulau Redang.
Komen Merang Suria Resort. Recommended untuk sesiapa yg nak ke Pulau Redang sebab dekat dengan jeti. Harga pun ok jer. Untuk bercuti dan jalan2 je pun. Bukan nak bercuti dalam bilik kan? hehe. Makanan pun ok. Barbeque pun ok. Cuma swimming pool kecik. Yerla family day ramai budak2 nak mandi pool. hehe.

Lepas ayah balik solat jumaat. Terus pergi makan kat area2 Merang. Kedai nasi campur. Nasi sedap dan lembut. Pastu sempat pergi cari Satar and otak2 kat simpang sebelum ke Merang.sedap jgak. lupa nama kedai.

Petang after sesi motivasi among staff. Ktaorg pegi jalan2 menghala ke jeti. Time tu dah nak maghrib. So dapatla tgk matahari nak terbenam. Ade gak sekumpulan budak sekolah camping kat situ. besy plak tgk diaorg camping.

Aktiviti malam adalah bebas. Plan ingat nak minum Air Buah Gelas Besar kat Seberang Takir.Tapi sebab ayah dah penat drive. Maka kami tido awal sebab nak snorkeling esok!

Camping site
Menikmati matahari terbenam

You Might Also Like

0 comments