Bandung - Puncak Indonesia

11:22:00 AM

Terasa lama plak menyepi....

Selingan jap!
Just to inform Creative By Two ade menjual beberapa Kufi Items yg ade minor defect.
Murah dari harga biasa. Tapi seriously defect tak nampak sgt. Masih ok.
Jemputla singgah di Creative By Two.

Mimpi ke Bandung telah tamat.
Kain kat rumah tunggu masa nak hantar tailor jer.
2 hari kami di Kota Bandung. Petang hari ke-2 kami bertolak ke Puncak.
Macet bangat jalan nak ke Puncak. Kami sampai ke Puncak dah malam dalam jam 9 malam.
Tak dapatla menikmati keindahan di Puncak sgt. Lagipun kami balik ke Jakarta melaui Bogor.

Perjalanan dari Bandung ke Puncak lebih kurang 2 jam. Bergantung pada keadaan jgakla.
Aduhai penat rasanya duduk di dalam kereta jer.
Kami di bawa makan di Restoran Sinar Alam. Menikmati makanan di Pondok di kawasan tasik.
Makananyer ok la. Sebabnyer time tu dah penat sangat. Rasa nak tido jer.




Selepas makan, kami di bawa ke hotel. Nama hotel Hotel Seruni.
Hotel ni melalui jalan2 kecil. Rasanya jalan nak ke Taman Safari sebab ade pintu gerbang Taman Safari. Tak sangka plak kat hujung jalan kecil ade kawasan hotel yang agak mewah.
Environment memang best la. Lebih tenang dari tgk jalan2 macet tu.
Kalo nak honeymoon bleh ke sini. Tapi kena lalu jalan macet dulu la.

Tapi tak tahula knape tido tak lena. Walaupun tilamnya empuk. Katinyer besar.
Design kat dalam Hotel Seruni membuatkan sy tak berkenan sgt walaupun ade balkoni dan biliknyer agak besar & lapang. Mungkin sy ni lebih suka yg moden design kot.




Esoknya kami menikmati keindahan dari hotel jer. Tidak ke mana-mana pun.
Sebabnyer nak check out and terus ke Jakarta Airport.
Inilah view breakfast kami.


apesal muka cik merah poyo sgt tu? gaya apekah?
the only cucu kesayangan atuk & nenek

Paksu! nak mandi kolam...
View dari hotel


Sebelum ke Airport. Kami di cadangkan untuk singgah Masjid Kubah Emas ni.
Aduhai....satu experience yg sgt memenatkan ke sini.
Mungkin sebab jalan nak ke sini melalui jalan2 kecil & macet.
Ke supir yg bawak jalan salah???


Seriously percutian kali ni menyebabkan sy rasa tak sabar nak balik rumah!
Perjalanan ke Airport kna mengharungi macet lagi.
Pengajaran....kalo rasa nak pg Bandung. Beli flight tiket pg Bandung terus. take note faeza!


Sekian cerita percutian sy dari Jakarta-Bandung-Puncak Indonesia.


You Might Also Like

3 comments