Cik Merah ke Sekolah Baru
10:07:00 AM
Minggu depan adalah minggu terakhir Humairah ke Taska.
Insyallah start 2hb Jan 2014 Humairah akan ke Tadika 4 Tahun.
Excited sgt nak pegi sekolah baru katanya.
Setiap kali lepas mandi, mesti cakap nak pg school baru katanya...
3 Minggu ni sibukla sy & husband train dia mandi pagi sebelum ke Taska.
Alhamdulillah...semalam dah pegi dgr taklimat & settlekan yuran.
Beg sekolah, baju & buku semua dah amik. Terkenang zaman silam balut buku...
Now nak balutkan buku anak plak.
Ini baru anak sorg...bila mengenangkan mcm manala parents yg nak menguruskan 3-4 org anak.
Mesti belanja agak tinggi.
Pemilihan Taska plak mmg sy & husband pilih yg berkonsepkan Tadika Islam.
Rasanya sekarang rata-rata tadika berkonsepkan Islam.
Selain itu, faktor lokasi salah satu faktor pemilihan taska.
Since sy yg akan kerap hantar & amik Humairah dari sekolah, so lebih mudah jika berdekatan dgn tempat kerja mamanya.
Rasanya tak awal sgt ke hantar anak ke Tadika pada usia 4 Tahun?
Bukan saja org luar yang bertanya.
Malah mak & mak mertua sy pun bertanya soalan yg sama.
Kesian kat Humairah pagi-pagi dah kena bangun pergi sekolah katanya.
Bukan nenek jer kesian. Mama pun kesian jgak.
Tapi demi anak-anak ku gagahkan jua.
Selain dapat mengenali kawan-kawan yang sebaya dengannya.
Ia juga melatih anak bangun pagi, ia melatih sy & husband menguruskan anak & mengawal emosi di waktu pagi.
Ada juga yg berpendapat kesian anak-anak 4 tahun dah pergi sekolah untuk belajar.
Takut dia cepat bosan sebab pergi sekolah awal sgt. Nanti 5 & 6 tahun confirm dah kena pegi sekolah lagi.
Ke tadika seawal 4 tahun, sy tidaklah expect untuk dia belajar sepenuhnya.
Lagipun, untuk anak-anak 4 Tahun lebih kepada belajar sambil bermain.
Untuk umur di peringkat ini, sy lebih suka mereka belajar perkara-perkara basic seperti cara berwuduk dan solat.
Salah satu sy & husband suka sekolah ini sebab ade pendidikan 'Pra Tahfiz' untuk anak-anak menghafaz surah-surah pendek.
Alhamdulillah, Humairah dapat menghafaz Surah Al-Fatihah & 3 Quls sebelum umurnya 3 tahun.
Selain doa-doa makan, naik kenderaan, tidur & dll.
Walaupun bacaan mungkin ade yg tidak tepat. Tapi sbg parents sy agak teruja.
Patutla zaman skrg ramai anak-anak kecil sudah menghafaz pelbagai surah Al-Quran yang pendek & panjang.
Oleh itu, harapan sy & husband dapatla membantu kami sedikit sebanyak dalam memberi pendidikan Islam yang sempurna kepada anak-anak.
Ya Allah,
Semoga Humairah diterangkan hati menerima Ilmu di sekolah.
Semoga Humairah menjadi anak yang solehah & contoh yang baik kepada adik-adik.
Amin.....
4 comments
hai merah..p taska mana?
ReplyDeletehai cik merah, dah nak ke sekolah ye next year,, sama cam anak sy next year 4thn nak hantar tadika.. hubby cakap mcm awal sgt jer.. but for me, xdela terlalu awal sbb anak sendiri yg dah beriya nak ke sekolah.. bercakap pun dah petah sgt.. rasanya lebih mudah train dia dari skrg dr dia belajar cakap benda2 yg x elok bila bergaul ramai2 kat rumah bbysitter.. at least bila dia bercerita nanti mesti berkisarkan cerita dia kat sekolah jer..
ReplyDeleteHumairah comel.. semoga menjadi anak solehah ye
ReplyDeletecomel sangat cik merah pakai tudung tingkek2..
ReplyDelete