Cerita Basi Big Bad Wolf 2013

8:41:00 AM

Cerita basi kot!
Semua org dh khatam baca buku yg beli kat BBW ni agaknya.
Sy baru nak citer plak. Ini entry cerita BBW 2012

2 kali sy jejak kaki ke BBW.
1st time pegi malam. Bawak cik merah. Boleh plak dia ngamuk2 maybe sebab nak tido.
Pilih gitu-gitu jer la. Gitu-gitu pun almost RM100.

2nd time sy pergi n hubby jer.
Itupun husband ajak repeat sbb aritu merajuk husband ajak balik sebab cik merah mengamuk.
So, 2nd time tinggal cik merah dgn my mom. After subuh dah gerak ke Mines.
Ramai jgak yg bawak baby shopping lepas subuh.
Keadaan agak tenang walaupun hari terakhir.

Dapatlah menjelajah ke semua bahagian.
Sesaja cuci mata tgk buku-buku pilihan. Tapi yg belinya kat bahagian children & family jer.
Kat bahagian Family & Relationship pun tak banyak pilihan. Maybe sbb dah last day.
Tapi...kebetulan time sy sedang belek2 buku, staff BBW bawak buku2 parenting yang org tak jadi nak beli kot. So diaorg susun kat bahagian Family & relationship tu.
Ade la jgak pilihan walaupun tak banyak. So sy rembat jerla sebab murah.

Lepas dh pilih memilih. Husband ajak breakfast kat atas.
Tinggalkan dulu buku-buku di kaunter letak buku.
Sy rasa kalo malas nak bawak ke hulu hilir, bolehla letak kat kaunter ni.
Sebabnya ade sorg customer ni marah staff BBW tu sebab susun semula buku-buku dia yg dalam kotak. Tak pasal2 kan.... sape yg salah? dh mmg tugas dia kot susun buku utk kemudahan customer lain.

Lepas breakfast duduk plak kat tempat sorting buku.
After sorting buku, kami ke kaunter bayaran utk bayar.
Rupanya tak abis lagi. Banyak plak buku aktiviti kanak-kanak  selepas kaunter bayaran.
Rembat lagi 3-4 jenis buku sebab murah & interesting.

Rasanya total damage untuk BBW 2013 almost RM300.
Hopefully berbaloi untuk seisi keluarga.





Our luggage...

Mama's Collections.
Cik merah suka betul buku Mother & Baby tu. Especially bab breastfeeding.
Confius mama dibuatnya. Rindu la tu kot...

Cik Merah's Collection. Mini library masih dalam perancangan.
So far susun atas almari jer dulu

You Might Also Like

2 comments

  1. ms g tu.. xjmp plk buku psl parenthing.. sadisss~

    ReplyDelete
  2. Assalam..
    Salam kenal..Singgah dan follow..
    Masa event sy dah sarat..x larat nak round..hehe..kalau tak dptlah beli buku best2

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe