Pregnant & Family Planning

10:23:00 AM

Minggu lepas, sy ke Klinik Kesihatan.
Terkejut sy bila seorg wanita yg sebaya umur dengan sy sedang mengandung anak ke-5.
Dalam hati....aku baru nak masuk anak no-2.
Dalam hati....melihat penampilan wanita ini, cekalnya dia membesarkan anak.


Sejak Humairah dah genap 2 tahun.
Ramai suggestkan sy untuk tambah anak lagi.
Tambahan pula badan sy ni dah mengembang mcm org mengandung masa tu.
Sampaikan husband gelak2 bila org tanya sy pregnant ke?
Lama-lama rasanya dah tak kisah.

Sy mengandung anak ke-2 ketika Humairah berusia 2 Tahun, 6 Bulan.
Alhamdulillah Allah permudahkan perancangan kami.
Memberi peluang kedua sy untuk mengandung buat kali kedua.

Ade juga org berkata, jgn terlalu merancang...nti susah nk lekat.
Insyallah semua perancangan itu kuasa Allah untuk menentukan.
Ade sebab Allah lambat untuk memberi kita rezeki.Allah rasa kita belum bersedia utk semua itu.
Kita manusia hanya mampu merancang. Allah maha mengetahui semuanya.

Untuk mengandung kali ini, sy sgt byk berfikir. Berfikir panjang.
Berfikir dan merancang selepas melahirkan serta membesarkan anak. 
Rasanya pada zaman sekarang adalah zaman mencabar untuk membesarkan anak-anak.

1. Bergantung pada keluarga.

Membesarkan Humairah adalah pengalaman yg manis.
Excited anak pertama & cucu pertama dalam keluarga.
Sejak dari melahirkan Humairah, sy byk bergantung pada mak & ayah ketika membesarkan Humairah since husband kerja tak menentu & slalu outstation.
Kebetulan sy tinggal di rumah keluarga sementara menunggu rumah kami siap ketika itu.
Terima kasih pada mak kerana menjaga Humairah dari baby sampai umurnya 2 tahun.

Sebab tu kalo boleh pregnant kali ni sy nak berdikari menguruskan anak-anak bersama suami. Kesian pada mak ayah.

2. Kakak Humairah is a Big girl

Pengalaman menghantar Humairah di Nursery pada umur 6 Bulan umpama mimpi ngeri.
Humairah asyik demam jer. Kwn2 plak ader yg ckp selalu nampak Humairah menangis kat nursery tanpa dipedulikan. Sedih...itupun sy rahsiakan dari mak sebab nak hantar nursery punyer pasal.
Alhamdulillah, lepas kerap sgt demam mak tolong jagakan Humairah sampai umur 2 tahun.

Alhamdulillah, sy decide untuk hantar Humairah ke day care pada usia 2 tahun. Kebetulan rumah kami dah siap sepenuhnya. Mula2 sy hampir give up bila Humairah tidak serasi di situ. Alhamdulillah lama kelamaan Humairah dah happy sampai ke arini.

Selain itu, byk sebenarnya plan utk menguruskan kakak Humairah ni. Alhamdulillah dah berjaya potty trained Humairah sebelum 3 tahun. Memang sy plan sebelum lahirnya baby kedua ni. Itu pun rasanya dh terlambat trained. Cumanya skrg belum dapat train Humairah tidur dalam bilik sendiri. Tak sampai hati rasanya sebab dia la peneman mama especially bila papa kerja.

3. Husband

Husband kerja tak menentu. Ini adalah faktor plg kuat utk merancang keluarga. Kekadang husband outstation sampai 2 bulan. Bukan mudah utk menguruskan keluarga tanpa suami. Sebab tu sy sgt respect pada single mother & kepada ibu2 yg tinggal jauh dari suami. Mereka sgt kuat & tabah. Dan yg pasti Allah memberi hikmah kepada wanita2 yg cekal & tabah menguruskan keluarga. Kepada bapak2 org, sila la syg isteri anda ketat2....

4. Financial planning

Menguruskan anak-anak skrg bukannya murah. Kos nak hantar anak ke baby sitter, daycare & sekolah makin meningkat. Kami yg anak nak masuk 2 org ni pun rasa dah terbeban dgn kos. Taska 2org x RM330 = RM660. Blom masuk kos pampers & susu for cik merah. Bayangkan mereke2 yg anak ramai & tidak berkemampuan. 

Tapi...janji Allah itu pasti. Insyallah lahirnya anak adalah rezeki buat kita. Allah itu maha mengetahui.

5. Kontrak

Since sy masih lagi kontrak dh masuk 4 tahun, mmg la wajib merancang. Ketika melahirkan Humairah hampir2 sy cuti tanpa gaji selama 2 bulan disebabkan kontrak tamat ketika itu. Teringat lagi ketika 7 hari dalam pantang sy pergi lapor diri di pejabat untuk renew contract. Kelam kabut jgak dibuatnya. Alhamdulillah majikan sy beri pelepasan untuk sy kerana ini adalah kes pertama di sini. So, after this kalo tamat kontrak semasa cuti bersalin memang cuti tanpa gaji la nampaknya.

Apepun perancangan kita, Allah itu Maha Mengetahui. Insyallah ade rezeki untuk setiap kelahiran. Semoga kita semua tabah membesarkan anak-anak pada zaman yg mencabar ini.




You Might Also Like

4 comments

  1. Membesarkan anak2 sekarang ni sangat mencabar..cost hidup sekarang tingggi.. kita kena pentingkan kualiti dari kuantiti kan?

    Sy pun blm merancang nak tambah lagi..sebab yg 3 orang ni pun masih lagi terumbang ambing :D

    ReplyDelete
  2. Btol Faeza. Well said. Kita merancang,Allah yang tentukan..

    ReplyDelete
  3. Semoga dipermudahkan ye sis..
    Humaira dah big girl dah.
    Tak lama lgi jd kkk..yeayyy!!

    ReplyDelete
  4. Betul..yang penting planning..yang nak menjaganya kite..

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe