38 weeks & False Alarm

12:17:00 PM

38 weeks & counting...
Ku masih di sini menguruskan rutin-rutin harian.
Perasaan berdebar tetap menyelubungi walaupun dah nak masuk anak ke-2.

"Allahumma yassir wala tu'assir. Rabbi tammim bilkhoir. Birohmatikaya Arhamarrohimin."
Maksudnya: "YaAllah Permudahkanlah Jangan Dipersulitankan dan Kau akhirkanlah dgn Kebaikan."
Last Tuesday, hari yang sangat memenatkan. Tak tahula kenapa.
Maybe sebab duduk jer kat kerusi ofis ni.
Petang dh rasa sakit-sakit. Sibukla tanya org camana rasa contraction.
Seriously lupa kot rasa contraction tu camana.

Balik rumah seperti biasa. Tetiba rasa macam ala-ala contraction.
Lepas tu x tahu nak kira camana? Duduk baring smua serba tak kena.
So gagahkan diri wat kerja rumah. Basuh baju uruskan ape yg patut.
Siap pergi pasar malam shopping barang dapur.
Hubby plak keep asking "mama ok tak?"

Masa contraction pun tak tetap. Dalam hati maybe ni yg dikatakan False Alarm @ False Labor.
1st pregnant rasanya tak pernah rasa False Labor ni.
Memang tak senang duduk dalam kereta. Tapi kalo berjalan ok plak rasanya.
Malam tu tidur seperti biasa. Sebelum tidur dah prepare semua barang, mana tahu masanya sudah tiba. Tapi bangun pagi dah ok & rasa dah kurang sakit.

Kebetulan Rabu jumpa doctor. Doctor pun cakap maybe it sign of false labor.
Alhamdulillah semua dalam keadaan terkawal.
Doctor kata baby dah masuk. Tapi belum engaged.
Doctor kata maybe CNY baby!

Nak share artikel tentang False Alarm.
Artikel yg menarik untuk dikongsikan.

False Alarm vs Proses Kelahiran Sebenar

Sumber : Pa & Ma

Ketika berada dalam proses bersalin, tubuh menghasilkan hormon pitokin. Hormon ini bertindak sama seperti hormon yang terhasil apabila tubuh kehilangan air. Jika anda mengalami dehidrasi ketika di hujung minggu kehamilan, ini akan menyebabkan rahim mengecut walaupun ketika itu belum tiba masanya untuk bersalin. Jadi, anda perlu minum dalam jumlah yang mencukupi bagi mengelakkan false alarm berlaku.

Langkah bijak yang boleh anda amalkan ialah mencatat setiap kontraksi yang dialami di atas sekeping kertas. Catatkan kontraksi pertama dan berikutnya. Bagi kontraksi sebenar, jarak masa antara satu kontraksi dengan kontraksi berikutnya adalah tetap dan semakin lama semakin kerap. Namun, jika anda mengalami false alarm, jaraknya tidak tetap.

Anda juga perlu mencatatkan berapa lama jarak masa bagi setiap kontraksi. Catatkan bila ia bermula dan berhenti. Proses kelahiran sebenar menyaksikan anda mengalami kontraksi lebih daripada 30 saat bagi satu-satu masa kemudian makin kerap. Lebih daripada seminit dan kuat. Jika false alarm, jarak kontraksinya berbeza di antara satu sama lain.

Dalam proses kelahiran yang sebenar, kesakitan yang dialami bermula di bahagian atas abdomen kemudian “merebak” ke seluruh abdomen dan anda turut mengalami sakit belakang. Berlainan pula dengan false alarm, kontraksinya banyak tertumpu di bahagian bawah abdomen dan pangkal paha.

Tanda-tanda False Alarm :
1. Kontraksi yang dialami tidak teratur dan tidak dijangka.
2. Apabila kontraksi berlangsung, bahagian perut mengeras.
3. Perubahan posisi tubuh akan menyebabkan kontraksi berkurangan ataupun terhenti.
4. Kebiasaannya tiada pendarahan yang berlaku.
5. Kantung air ketuban tidak pecah.

Tanda Awal Kelahiran
1.Penurunan paras rahim (lightening)
Petanda awal yang akan anda alami ialah perut kelihatan “turun” sedikit. Hal ini berlaku kerana :

-Symphisis pubis mengembang.
-Otot pelvik menjadi lembut dan longgar.
-Bahagian bawah rahim mengembang.

Keadaan sebegini akan menyebabkan fetus bergerak turun ke pelvik. Bagi yang bakal melahirkan anak sulung, kepala bayi akan terus masuk ke rongga pelvik. Namun, bagi yang pernah mempunyai anak sebelum ini, rahimnya lebih mengembang ke hadapan tetapi kepala bayi tidak masuk ke rongga pelvik.

Pada peringkat ini, anda akan berasa selesa setiap kali bernafas. Organ jantung dan perut juga berfungsi dengan lebih baik. Namun, anda akan mengalami kesukaran untuk berjalan dan sakit belakang. Selain itu, anda juga berasa tidak selesa di bahagian bawah perut, kelengkang dan paha.

2. Kekerapan Membuang Air Kecil
Keadaan ini berlaku hasil daripada tekanan kepala bayi ke atas pundi kencing. Ini akan menyebabkan pundi kencing tidak mampu menampung jumlah air yang banyak. Oleh kerana itulah, anda perlu membuang air kecil sekerap mungkin. Dalam keadaan tertentu, kadang kala anda akan “terkencing” dengan sendirinya. Ini berlaku kerana otot pelvik menjadi semakin lembut dan longgar.

3. Penarikan Pangkal Rahim
Pada peringkat ini, pangkal rahim mula tertarik. Ini akan menjadikannya selari dengan bahagian bawah otot rahim.

Tanda Sebenar Kelahiran
1. Kontraksi

Proses ini berlaku untuk menolak keluar bayi daripada rahim melalui faraj pada saat kelahiran. Dalam masa yang sama, rahim akan menjadi keras. Ketika ini anda akan berasa tidak selesa.

Perlu diingat, keadaan ini berlaku secara semula jadi dan tidak boleh dikawal. Sakit yang anda alami bermula dari bahagian belakang tubuh dan kemudiannya beralih ke hadapan dan bahagian atas paha. Kesakitan ini semakin kuat dirasai apabila saat kelahiran semakin tiba.

Proses ini adalah tanda yang paling penting bagi menunjukkan bahawa anda akan melahirkan pada bila-bila masa sahaja. Jika kesakitan yang dialami berterusan sehingga ke lima minit setiap kali kontraksi, segeralah ke hospital berdekatan

2. Sakit Belakang
Keadaan ini adalah salah satu daripada tanda bahawa anda akan bersalin. Ketika dalam proses kelahiran, kesakitan ini akan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami ketika ini sama seperti senggugut.

3. Pendarahan
Kebiasaannya lendir yang bercampur darah keluar dari faraj beberapa jam sebelum proses kelahiran bermula. Paling tidak pun apabila saat kelahiran hampir tiba. Lendir darah tersebut keluar kesan daripada pembesaran pangkal rahim sehingga menyebabkan selaput ketuban terpisah daripada lapisannya.

4. Pecah Ketuban
Mungkin dalam fikiran, setelah pecah air ketuban, anda akan bersalin dalam tempoh yang terdekat. Namun, hakikatnya tidaklah sebegitu. Ada kes di mana kebanyakan wanita hamil yang ditahan di wad, tidak mengalami pengalaman ini. Ketuban mereka terpaksa dipecahkan oleh doktor bagi mempercepatkan proses kelahiran.

Namun begitu, bagi yang berpeluang merasakan air keluar dari faraj, sama ada banyak ataupun sedikit, ini menandakan anda akan melalui proses awal kelahiran ataupun sudah berada dalam proses itu. Selepas daripada itu, anda perasan bahawa kontraksi akan menjadi lebih kuat.

5. Pembukaan Pintu Rahim
Dalam proses kelahiran, serviks akan menjadi lembut dan nipis daripada biasa. Ia juga sedikit demi sedikit terbuka bagi menampung saiz kepala bayi. Pintu rahim akan terbuka bagi memberi laluan kepada bayi agar dia dapat dilahirkan. Proses ini akan lebih cepat berlaku jika kepala bayi menekan tepat ke bahagian pintu rahim. Dalam pada itu, saiz serviks dapat diketahui apabila doktor melakukan pemeriksaan pelvik.

You Might Also Like

9 comments

  1. arrrrr.. walaupun anak kedua, saya tetap kecut perut , sengal semua ada bila baca entry ni.. hihii.. saya baru 37w.. tapi sekarang pon dah xlarat nak berjalan.. sakit dicelahan-celahan.. heee... moga semua urusan dipermudahkan buat sis dan saya juga! hehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jom byk berjalan...bleh bersalin cepat. Insyallah semua Allah mudahkan semuanya utk kita. Insyallah.

      Delete
  2. oo, saya pernah rasa macam ni masa anak pertama.. sakitnyer la masa dia dok mengeras tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aah kan. skrg ni pu baby byk mengeras jer. kejang perut dibuatnya..tapi mesti lepas bersalin rindu kan the moment

      Delete
  3. masa first baby dulu false alarm adalah byk kali dan byk kali juga ulang alik hospital..
    utk 2nd baby ni dah latih diri utk terima false alarm as false! ahaha..
    tp masih berjaga-jaga..sekrg baru 34 weeks..so..mmg false alarm lah kalau perut mengeras mengejung ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. 1st baby x pernah rasa false alarm. ker mmg tak tahu pun false alarm tu camana? hehe. Smoga selamat yer sis.

      Delete
  4. sy pun harap baby CNY =)..today 37 weeks++, 1st baby.. Sama2 doa ye urusan kita dipermudahkan.. Insya Allah..

    ReplyDelete
    Replies
    1. In sha Allah, smoga Allah permudakan kita...amin.

      Delete
  5. Sy start mengeras masa 6 @ 7 bulan kalo xsilap..awal gile kot.hehe.
    Xsabar nak tgk adik cik merah.. semoga dipermudahkan :)

    ReplyDelete