5 Pilihan Hidangan Berpantang

9:58:00 PM

37 weeks & counting....

Mood mencari resepi untuk berpantang. Plan nak berpantang di rumah sendiri jer. Insyallah mak ayah akan datang tolong time husband keje. Yang lainnya husband la yer kena tolong.

Saya ni agak memilih makan sikit. Kat sini nak share beberapa resepi kegemaran sy semasa dalam pantang. Sebagai rujukan sendiri & husband jgak. 

Ingat lagi ketika berpantang anak pertama, betul-betul sy makan sup jer setiap hari. Mak pun layankan jer. Tukar-tukar dari sup ayam, sup daging & sup ikan. Makanan lain rasa mcm tak boleh nak telan.

Ikan Panggang Halia Muda 
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan A:

2 potong ikan tenggiri

1 biji limau kasturi - diambil jusnya

serbuk kunyit secukupnya

garam secukup rasa



Bahan B:

30 gram halia muda*

1 biji bawang besar*

4 biji bawang merah*

3 biji bawang putih*

minyak masak

hiris semua bahan bertanda*



Cara:

1. Lumurkan Bahan A pada ikan. Perap selama 30 minit. Kemudian panggang ikan hingga masak.

2. Panaskan sedikit minyak. Tumis Bahan B hingga naik bau. Taburkan di atas ikan.



Daging Lada Hitam

Bahan-bahan:
500 gm daging lembu
1 biji bawang besar - dihiris
5 ulas bawang putih - dicincang halus
2 sudu makan minyak jagung
1 sudu makan lada hitam - ditumbuk kasar
1 sudu makan kicap manis
Garam secukup rasa

Cara menyediakan:
a) Daging dihiris nipis dan dibersihkan.
b) Panaskan minyak jagung. Goreng daging hingga agak garing. Angkat.
c) Masukkan bawang besar dan bawang putih ke dalam baki minyak gorengan tadi. Kacau hingga wangi.
d) Kemudian masukkan semula daging, kicap, lada hitam dan garam. Kacau rata-rata kemudian angkat. Hidangkan. 


Sawi tumis air


Bahan:

Sedikit ikan bilis
3 ulas bawang putih
2 ulas bawang merah
1 pokok sawi – dicuci dan potong

Cara:

Tumbukkan ikan bilis, bawang putih dan bawang merah. 
Tumiskan bhn tumbuk tadi dan masukkan air. 
Apabila mendidih masukkan sawi dan tutupkan api.

Sup Ayam / Daging
Resepi sendiri...

Bahan :
Ayam/Daging
Bawang Merah
Bawang Putih
Halia
4 sekawan
Rempah sup

Cara :
Rebus Ayam/Daging dalam periuk.
Tumis bawang merah, bawang putih, halia & 4 sekawan dengan sedikit minyak hingga naik bau.
Masukkan 4 sekawan & rempah sup (yang dicampurkan dgn sedikit air).
Masukkan bahan tumisan dalam periuk rebusan ayam/daging. 
Masukkan garam secukup rasa.Kemudian masukkan sayur-sayuran pilihan (kentang/lobak putih/carrot)
Taburkan dengan daun sup/daun bawang.

Ikan Siakap Panggang
Sumber : 15 Resepi Ibu Semasa Berpantang

Bahan-bahan: 
1 ekor ikan siakap 
50 ml pati santan 
1 batang serai - dikisar [A] 
2 ulas bawang merah - dikisar [A] 
1 sm kunyit hidup - dikisar [A] 
1 ulas bawang putih - dikisar [A] 
1 sudu makan minyak masak 
1 sudu teh gula pasir 
Garam secukup rasa 

Cara menyediakan:
a) Perap ikan dengan separuh bahan A selama 1 jam.
b) Letak ikan di atas aluminium foil. Bakar dalam ketuhar dengan suhu 180 darjah C selama 15-20 minit atau sehingga masak.
c) Panaskan minyak dan tumiskan lebihan bahan A hingga garing. Masukkan santan dan kacau hingga pekat.
d) Kemudian masukkan garam dan gula pasir. Kacau rata. Sedia untuk dihidangkan dengan ikan siakap



You Might Also Like

3 comments

  1. Ok,blh masuk dlm list makanan berpantang yun jugak!act,ms yun pantang,daging black pepper mmg fav!and salmon grilled! :)

    ReplyDelete
  2. saya berpantang lansung x ambil minyk

    ReplyDelete
  3. Dulu akk pun berpntg sndiri ank no 4..hubs yg jga..hehe

    ReplyDelete