Last minute preparation

3:39:00 PM

Boring tak korg??? Lately asyik citer pasal nak bersalin jer.
Rindunyer nak share cerita deco deco rumah.

Last minute preparation. Now entering 36 weeks!
Baru terpikir macam2 nak kna prepare.
Itu pun bila dah start packing bag for mama & baby.
Hubby boleh plak tanya "Mama...nak pegi mana ni packing baju bagai???"

For posnatal care mmg tak plan pun nak beli set.
1st pregnant beli set, tapi rasa mcm tak berbaloi. Tak smua yg sy guna.
So mmg tak boleh nak wat product review.
Especially jamu smua tu. Sebabnya baby kena jaundice. So doctor tak suggestkan makan jamu.
Kekononya nak makan after habis pantang. Sampai ke sudah tak makan.
Pilis param smua pakai ckit2 jer.

Posnatal care kali ni plan beli yg loose pack jer.
Kali nie bershopping di Facebook :CHARMSandCOLOR 
Sy dapat grab 3 item

1. Tanamera Herbal Bath : 
Menyegarkan dan memulihkan tenaga sambil melegakan otot-otot yang lesu. Menyahbau badan.

1st time pantang, nenek datang rumah bawak segala daun-daun dari kampung. Rebus & mandi. Mmg best giler kot & terasa kesegaran.

2. Baby oil Tropical Herbs
Sy suka sgt pakai baby oil ni. Suka sgt bau minyak ni.

3. Minyak Kelapa Dara (VCO) 
Hot Item katanya...boleh guna before bersalin.
Baru nak start guna. Patutnya dh beli lama.



Minyak Kelapa Dara - COLD PRESS VIRGIN COCONUT OIL
(Minyak Kelapa Dara yang diproses cara sejuk, ditekan dan berkualiti tinggi )

Minya Kelapa Dara (VCO) merupakan minyak terbaik didunia. Ia adalah makanan yang berkhasiat, membantu proses penyembuhan, memberi perlindungan dan lazat. Minyak kelapa kaya dengan asid laurik, satu struktur yang unik molekul rantaian asid lemak sederhana, ia anti-virus, anti-bakteria dan anti kulat. Asid laurik yang terdapat dalam minyak kelapa juga boleh didapatio dalam susu ibu manusia Disebabkan itu, bayi yang menerima susu ibu mempunyai sistem imun yang lebih baik berbanding dengan bayi yang tidak menerima susu ibu. Untuk mengekalkan kesihatan yang baik, orang dewasa disarankan mengambil 2 hingga 3 sudu minyak kelapa dara sehari.Apabila ia diambil secara konsisten, minyak kelapa ini membantu membakar lemak kepada tenaga dan ia membantu penurunan berat badan.

Faedah kesihatan yang terdapat pada minyak kelapa adalah terlalu banyak!. Ini termasuk dari segi penjagaan wajah, kulit, mengawal tahap kolestrol, meningkatkatkan tahap imun, membaiki sistem penghadaman dan metabolisma, mengurangkan risiko sakit buah pinggang, tekanan darah tinggi, diabetis, kanser, gigi dan kekuatan tulang. Manfaat ini semua disebabkan oleh kandungan asid laurik, asid kaprik dan asid kaprilik yang terdapat dalam minyak kelapa.
Paling penting bagi bakan ibu, minyak kelapa dara telah digunakan sejak dahulu lagi oleh para ibu yang mengandung sebagai penawar semulajadi untuk persediaan dan membantu proses bersalin. Penggunaan minyak kelapa ini disarankan bagi sapuan dan urutan pada kawasan perineum supaya ia lembap dan lembut. Apabila diminum ia bertindak sebagai pelincir untuk membantu proses kelahiran. Minyak kelapa dara ini sangat menakjubkan.
Produk  Minyak Kelapa Dara TANAMERA ini adalah kualiti terbaik. Produk ini amat kami sarankan
kepada bakal ibu untuk menggunakannya pada awal kehamilan 

Faedah TANAMERA Cold Pressed Virgin Coconut Oil:
a. Melembabkan dan menghalang tanda parut, sapukan pada kulit lembab
b. Untuk mengurangkan risiko terkoyak, gunakan VCO dan urut kawasan perineum. Minum satu sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggui sebelum tarikh dijangka bersalin (DDE).

Untuk kontraksi
a. Meminimakan pengoyakkan perimeum dan melancarkan kelahiran, pada awak kontraksi minum beberapa sudu teh minyak kelapa dara secara teratur dan sapukan sedikit pada kawasan perineum

Penggunaan selepas bersalin
a. Menghilangkan tanda parut dan melembabkan payudara dan mencegah kekeringan pada puting.
sapukan pada kulit lembab.
b. Untuk mengurankan berat badan, minum 2 sudu setiap hari.
c. Boleh digunakan sebagai minyak urut bayi

Cara Urutan Perineum

Terdapat beberapa cara untuk melakukan urutan. Ia boleh dilakukan setiap hari sebelum hari anda dijangka bersalin dan ia membantu proses kelahiran dan mengurangkan risiko koyakan.

Pertama sekali basuh tangan anda, kemudian lakukan ditempat yang selesa atau privasi. Duduk atau bersandar mengikut keselesaan anda, Boleh juga meminta bantuan suami. Letakkan Minyak Kelapa Dara (VCO) ke ibu jari anda dan kawasan sekitar faraj / perineum.

Letakkan ibu jari anda sekitar 1 inci kedalam faraj, tekan kebawah dan sekeliling pada masa yang sama, Buat secara lembut sehingga terasa kerenggangan dan sedikit pedih. Kemudian dengan ibu jari anda, tekan selama 2 minit ke kawasan tersebut sehingga rasa sedikit kebas dan kesan pedih mula hilang, Anda boleh buat secara perlahan-lahan.

Apabila anda terus menekan dengan ibu jari anda, secara perlahan lakukan urutan lembut pada bahagian bawah vagina. untuk sekitar 3 minit.

Lakukan juga urutan secara menarik dan tolak pada bahagian bawah vagina dengan ibu jari. Ini membantu merenggangkan kulit. Ini kerana kepala bayi akan melalui kawasan tersebut

Lakukan rutin urutan ini setiap hari bermula dari minggu 30 kehamilan. Anda akan dapati kawasan Perineum / vagina anda lembut dan tidak tegang.

Hasil kajian juga menunjukkan caara ini dapat membantu proses kehamilan.


Jalan2 lunch tadi. Terjumpa plak Param & Pilis Mak Dara ni. Harga RM18.
Senang jer nak guna tak payah nak bancuh2. Just goncang dan sapu. Macam bedak sejuk.
Terpengaruh sekali beli Pad herba RM 12.
Sila berpantang dengan rajin....

You Might Also Like

5 comments

  1. Faeza dh 36wks?? Xlama dh tu. Azian pn xmembeli lg benda2 utk confinement ni. Tp mcm sama jgk la. Nk beli loose item jer...

    ReplyDelete
  2. Yun pn pkai set tanamera,bru nk try kali ni,sbb ramai ckp bes... ;)

    ReplyDelete
  3. http://blurplediary.blogspot.com/

    wah dah dekat due date dah ni ye? semoga semuanya berjalan lancar ye :)

    ReplyDelete
  4. ms nk brsalin aritu x jmpa yg jual loose mcm ni.next brsalin nk beli kt page fb ni jgk..hehe.gudluck babe! semoga semua slmt.

    ReplyDelete