Home Kitchen : Kitchen Workstation

11:09:00 AM

Masih di sini menunggu hari....

Lepas dah buat entry bekas minyak.
Ada plak request nak tengok susun atur di atas table top.
Mana ko letak bekas bawang & segala mak nenek untuk masak memasak???

Sebelum membebel lebih panjang.
Meh tengok my kitchen workstation. Comel sangat kan?
Ini jer la workstation kat dapur comel aku.
Kat situ la memasak, chop chop sayur bawang, masak nasi, basuh pinggan.

Bila hubby tanya, tak nak extend dapur ke?
Giler cakap tak nak....tapi, tgula anak2 dah besar.
Kalo setakat langgar bontot dgn cik merah no problem la.
Kalo extend pun, rasa sayang nak extent tanah belakang, nak extend tanah kat tepi.
Belakang boleh wat outdoor kitchen or tempat lepaking...
Berangan la yer!

Kalo nak tengok corat coret tentang installation Dapur Comel Kami.
Boleh refer entry Kitchen Cabinet by Unity Kitchen


Kembali ke cerita susun atur di atas kitchen workstation.
Seboleh boleh sy akan minimize kan barang2 atas table top ni.
Cuma kalo kenduri kendara tu biasalah kan.

Tapi...untuk hari hari biasa. Inilah keadaan dapur comel kami.
Meh skodeng....

Kitchen Bar

Sy pernah share tentang cerita Kitchen Bar last year.
Now, Kitchen Bar dah berwajah baru.
Lebih kemas & nampak lebih lapang

Pinggan mangkuk kegunaan harian smua sy dah simpan dalam cabinet.
Ini adalah semperna misi berpantang di rumah sendiri.


Deko deko meletakkan buku resepi di sudut dapur..

Luas mata memandang...

Dry workstation

Untuk ruangan kitchen workstation seterusnye.
Kira mcm dry workstation la kan.
Ruangan ni sy letakkan daily use items.
Periuk nasi comel utk 3 penghuni & hot water thermos.
Kalo ramai sy akan keluarkan periuk nasi yg lain la kan.


Selain tu, sy letakkan bekas air masak senang kalo nak minum.
Bunga daun hijau tu dari IKEA. Saje suka2 menyegarkan mata.

Itu pun dah penuh rasanya...


 


Sink Workstation

Tiada apa yang menarik. Sama seperti rumah orang lain.
Ruangan sink ni kalo rajin memang bersih. Tapi kalo malas rasa sakit jer mata memandang.
Kalo time gantung kuali mmgla bersih. Cer time masak memasak sure berselerak.

Suatu ketika dulu, saya pernah menggantung kuali yang dibasuh di tingkap.
Sekali hubby membebel..huhu. Masuk pintu rumah dah nampak kuali bergantung. haha.

Kitchen sy tiada dish rack. sy hanya toskan barang2 yang telah dibasuh di bakul sebelah sink tu sahaja. Bila dah kering sy akan lap & simpan terus pada tempatnya.
Dish rack utk orang yang rajin kemas. Agaknya kalo sy ade dish rack sure tunggang langgang!




As usual ruangan sinki for sure tempat basuh pinggan.
Ruangan ni ade sabun basuh pinggan, sabun basuh tangan & pencuci botol.
Sy letakkan dalam bakul supaya tak gerak gerak.
Bakul kecil tu plak sy gunakan sebagai tong sampah kecil untuk membuang sisa makanan.


Kesimpulannya....inilah My Kitchen Workstation (ketika time gantung kuali)
Mana segala barang2 masakan saya? bekas bawang? Minyak masak?
Jawapannya....semuanya sy letak dalam cabinet.



You Might Also Like

10 comments

  1. comeyyy sgt dapur faeza ni...sikap yg serupa dgn sy {organizing gene mmg begitu agaknya ;p}...tak suka saratkan table top dgn segala benda ...well done! =)

    ReplyDelete
  2. thanx sharing dear. wah kemasnya... segannye ko tgk dapur aku yg berselerak tu. huhu...

    ReplyDelete
  3. Bestnya dapo besar jgk tuh..kemas bersih dan sedap mata mandang

    ReplyDelete
  4. cantik dan kemas:) frame tu cantik:)

    ReplyDelete
  5. kemasnya.. nk kemas gini kt umh mak ni mmg sangatttttt susah.. stress sgt bila dh kemas, ada je yang tukang sepah blk.. xsbrnya nak duduk rumah sendiri..

    ReplyDelete
  6. Ros pun suka sumbat dlm kabinet..hahhaa.. Selerak tp xsakit mata klu dlm kabinet..kikii :)

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe