Kundasang Day #1 : Desa Cattle Dairy Farm

4:13:00 PM

Walaupun dah beberapa kali menjejakkan kaki ke Kota Kinabalu.
Ini perjalanan kali pertama saya ke Kundasang.
Satu pengalaman baru. Tambah pula ketika itu berbadan dua.

Perjalanan dari Kota Kinabalu ke Kundasang agak mencabar.
Dah la jalannya selorong sahaja dan simpang siur. Banyak plak lori-lori mendaki.
Ditambah pula dengan hujan lebat ketika kami mendaki ke Kundasang.
Walaupun agak penat, tapi sy tidak dapat melelapkan mata selagi tidak sampai ke destinasi.

Kami tidak terus ke tempat penginapan.
Kami terus ke Desa Cattle Dairy Farm. [Facebook Desa Cattle]
Tempatnya agak ke dalam juga. As usual jalan agak mencabar.
Alhamdulillah kenderaan kami mampu sampai ke sini.
Kebetulan ketika kami sampai, lembu-lembu sedang makan.
Kalo tak silap ada jadual sesi lembu makan dan perahan susu lembu.
Seronok especially for kiddos.


 

 inilah kenderaan kami naiki ke Desa Cattle.





Sebelum pulang jangan lupa dapatkan susu segar dari ladang lembu.
Tapi susu coklat dah habis. Tinggal susu white jer kata Humairah.
Yang ramai-ramai beratur tu nak beli ice cream.
Sampai turn kami jer ice cream habis. Daptlah free ice cream semangkuk.
Boleh juga dapatkan cendermata t-shirt and keychain di sini.



Udara kat sini sgt nyaman & tenang.
Tempatnya cantik. Bolehla nak berphotoshoot di sini.
Pemandangan cantik...




Selepas seharian dalam perjalanan. Tiba masa untuk check in!

You Might Also Like

1 comments