Kundasang Day #2 : Sabah Tea Garden & Poring Hot Spring

11:26:00 AM

Selepas sarapan di Pekan Kundasang.
Perjalanan di teruskan ke Ranau Sabah.
Kami singgah di Sabah Tea Garden.
Struktur jalan yang agak mencabar untuk ke sini.

Jika dibandingkan dengan Cameron Highlands, CH jauh lebih menarik.
Ketika sampai ke sini seolah-olah macam kami jer yang ke sini.
Kami hanya menikmati teh sabah & membeli teh sabah di sini, kemudian meneruskan perjalan ke Hot Spring.




Kami tiba di Hot Spring waktu tengahari.
Memang Hot Spring ni kawasan tumpuan pelancong. Ramai sangat orang.
Semuanya datang untuk bermandi-manda bersama keluarga.
Siap bawak bekal bagai.

Kami datang sehelai sepinggang jer. Bawak baju untuk anak-anak jer.
Kami memilih Bilik Mandi bertutup.
Privacy la ckit dari orang ramai.

Selain mandi-manda, ada banyak tempat2 yang boleh dilawati seperti butterfly garden & canopy walkaway. Tapi kami tak pergi, takut lambat sampai ke Kota Kinabalu.
Lagipun anak-anak smua dah mula penat.
Lepas mandi-manda terus kami meneruskan perjalanan turun ke Kota Kinabalu.








 

Bilik mandi tertutup untuk anak-anak. 


You Might Also Like

0 comments