HK #2 : HKIA Airport & Novotel Hotel

8:27:00 AM

Hello!

Continue our cuti-cuti over the sea at HK!

Perjalanan mengambil masa 3 jam lebih dr LCCT ke  Hong Kong International Airport (HKIA)
Kami sampai lebih kurang jam 11.40 tengahari.
HKIA adalah terletak di sebuah pulau yang ditambak. So time landing betul2 tepi laut.
Sila bersiap sedia kerana HKIA sgt besar. Kena byk berjalan. Turun naik escolatar. Pastu naik train lg.
Jangan risau korg akan berjalan dalam bangunan yg beraircond. Sistem HKIA lebih sistematic

Actually, Hong Kong ni dah macam kampung hubby.
Rasanya dh lebih 10 kali hubby menjejakkan kaki ke HK.
Sebab ape? sebabnye dulu hubby pernah bekerja dgn one of HK Airlines.
Kire dah slalu la ke HK satu masa dulu....
So sy mmg tak byk wat homework ke HK ni. Semua bergantung pada hubby jer.

Setiap kali lalu imigresyen mesti staff imigresen tgk 2-3 kali muka cik merah.
Nak compare kan gambar dlm passport. Hahaha! Lain benar mukanya!
Jom view gambar passport cik merah kat sini.

Lepas collect baggage. Stroller cik merah plak tak muncul.
Rupanya stroller tu berada pada tiang setiap tempat baggage kita keluar.
Ingat yer pada sesiapa yg bawa fragile or oversized baggage such as stroller tiang ini adalah collection point nyer.

 

Sebelum keluar jangan lupa rembat Map. Tapi time ktaorg dtg dh abis.
So sila rembat di hotel plak.


Ok ini sgt penting. Since kat HK sgt byk travel menggunakan public transport train, bus.
Wajib beli Octopus Card. Lebih kurg mcm Touch n Go.Lebih senang dapatkan di HKIA.
Rasanya byk tempat ader. And boleh reload di mana2 such as 7 eleven.

Even membeli belah di 7 eleven pun bleh guna octopus card.
Kat mana2 tempat ade lambang octopus card la senang cerita.
If naik public transport menggunakan octopus card, korg akan dapat discount compare utk yg tidak menggunakan octopus card.

Hubby reload octopus card HK$ 200 utk 4 Hari.
Tapi masih ader baki dalam HK$ 60. Itupun puas nak pikir cara mengabiskannyer.


waiting for papa
Untuk ke city actually ade train Airport Express (MTR). Ade jgak Airport transfer.
Tapi, hubby kata susah nak ke hotel sebab kna tukar train . Lagipun dgn baggage yg gedabak.
So, we decide utk menggunakan Airport Bus route A21 (HK$ 33)  ke Hotel. Bus banyak drop points la kan. Kebanyakkan drop point near hotel. Macam hotel kami drop point no 10.
Harga pun lebih murah compare to Airport Transfer (rasanya HK$100++).
Dah nama pun Airport Bus, so mmg ade ruang khas utk letak baggage yg gedabak2 tu.



Sampai hotel baru teringat lupa nak tapau Popeye kat airport tadi.
Popeye is one of the makanan halal kat HK.

Hubby booked Novotel Hotel yg terletak di Nathan Road.
So, kitaorg sepatutnye turun bus pada drop point ke 10.
Entah camana terlepas sampai drop point ke 11. Nasib la tak jauh.
So ktaorg jalan kaki jer ke hotel. So, better bersiap sedia sebab drop points sgt dekat-dekat.

 



Bagi sy hotel & makanan di HK quite expensive.
Rate hotel kami ni lebih kurang RM 300++ RM 500 per-night (soory silap info) mahal!.
Itupun size bilik kecik jer. Muatla utk kami bertiga.Yang penting sgt selesa.
Design modern & simple. Cuma Wifi jer tak FREE.
Kat lobi hotel disediakan MAC PC utk akses ke internet. For free and take turn la kan!

Novotel Hotel terletak berdekan dgn shopping mall and etc.
Pendek kata tempat shopping just around the hotel la.
Just jalan kaki jer. 5 minutes to MTR (Jordan Station). 
So senang tak payah jalan jauh nak naik train. Pendek kata hotel ni agak strategik.



Sofa Bed for cik merah


See u till next entry! Have a nice day!


You Might Also Like

2 comments

  1. ok.. setia menanti sambungan cerita ni.. hehe

    ReplyDelete
  2. Wah mahalnya hotel. 1 malam rm300 huhu. Mesti sebab matawang sana 3 kali ganda duit malaysia ek. Kene tunggu 10 tahun lg kot baru leh g HK.

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe