Humairah & Wean Off

10:02:00 AM



Cerita Daycare 

Bulan ni dah masuk 3 bulan Humairah ke daycare.
Masih teringat entry Humairah & daycare tentang hari-hari awal ke daycare.
Waktu keje pun ingat anak jgak.

Alhamdulillah dalam masa sebulan ke daycare dh nampak perubahan.
Humairah dah paham dia kena pg school sbb mama & papa work.
Mula-mula tu mmg tak brape nak kuat bila tengok anak menangis meronta bila ke daycare.
Doa tak putus2 minta Allah permudahkan urusan Humairah ke daycare.
Now dah jadi routine harian Humairah. Dia pun dh manja2 dengan kakak2 kat situ.
Alhamdulillah daycare memberi kerjasama yg baik.
Terima Kasih tolong jagakan Humairah yer :)

Tip : Bila hantar anak ke daycare, lepas kiss muah muah terus keluar pg keje. Jgn dok lama2 kat situ.
 
Takut Makan Ubat....

Humairah baru masuk bilik doctor dh nangis. riuh klinik kerana cikmerah ni.
Lepas ni kna minak doctor tu pakai topeng mickey mouse kot.

Humairah plak mmg takut makan ubat. Kna berperang nak makan ubat.
Kat rumah kna ade 2-3 org utk tlg bagi Humairah makan ubat.
Tapi kat daycare elok jer pun. Bukak mulut terus makan ubat.
Lepas ni kalo demam hantar daycare bg makan ubat.

Wean Off

Alhamdulillah wean off pada usia Humairah 2 tahun 2 Bulan.
Tiada drama sgt dalam proses wean off ni.
Lepas je hubby balik dr outstation. Tanpa dirancang tetiba rasa nak jalankan projek wean off.
Kalo dulu nak tido mmg kna bergantung pada mama. Now pandai golek2 and tido sendiri.

Cara wean off sy, cakap dengan humairah kita punyer cik B tu sakit & ade sos.
Pastu sy tdo, hubby yg layan humairah. Dalam 2 malam dia dah tak mintak.
Akibatnya humairah tak nak makan sos! haha.
Tapikan...kekadang tu dia dtg jgak raba2 kat kita.
Rindu agaknya....yerla 2 tahun memerap dgn mama.

Syukur Alhamdulillah...walaupun penat & kekadang tu hilang sabar.
Allah sentiasa ade bersama kita. Dugaan membesarkan anak.
Semua mak ayah akan lalui perkara yg sama.
Cuma tahap dugaan itu berlainan kan...
Insyallah...doa utk anak-anak yg terbaik.

Planning to start potty training. Bila nak start ni??? 
April pun tiba ni............

You Might Also Like

1 comments

  1. wah...cik merah dah berjaya wean off. najla ni tak berjaya lagi. sebelum tido dan bangun je dr tido rutin dia...mesti nak menempel dulu

    ReplyDelete