2nd Pregnancy : BSP checkup...

12:17:00 PM

Last week kna minum air gula untuk kali kedua.
Kalau 1st pregnant dulu, siap nangis bila nurse suruh minum air gula sebab berat naik lebih.
Tapi kali ni redha jer sebab memang dah compulsory. huhu.
Rasanya, untuk Negeri Selangor adalah wajib bagi wanita yang mengandung 25 tahun ke atas.

Kali pertama minum, Alhamdulillah tiada masalah. Result MGTT ok.
Kali kedua minum terkantoi. huhu. Last week, nurse KK call katanya result MGTT sy tinggi.
Bacaan MGTT sy 9.1 (2 jam selepas minum air gula).  

Tak payah nak menyesal sebabnyer memang salah sendiri.
Melantak RAMBUTAN tak ingat dunia!
Everyday is MILO AIS!
Melantak coklat Dairy MILK cik merah.
Rasakan sendiri bila terkantoi! terus sticker buku pink bertukar KUNING.


Tak pasal2 kena kaunseling dengan Doktor .
Pasni kena ceramah dengan pakar pemakanan pulak.
Belum habis lagi....lepas bersalin kena repeat minum air gula lagi.
Tak campur plak ceramah oleh Suami terchita. Huhu.

Semalam dah wat Ujian BSP.
Ujian BSP (Blood Sugar Profile) dibuat lepas result ujian MGTT lebih 7.8
Ujian BSP ni mmg kna buat 2 minggu sekali sampai bersalin.

Start puasa 10 malam sehari sebelum.

Result BSP

8.30 AM - Fasting : 4.9
11.00 AM - Post Breakfast : 5.6 (Mihun Goreng + Ayam Goreng + Air Masak)
2.45 PM - Post Lunch : 5.7 (Nasi Putih + Sayur Hijau + Ikan Keli Sambal + Air Masak)
8.00 PM - Post Dinner : 4.7 (Roti Kelapa + Goreng Pisang + Jambu + Air Masak)

Alhamdulillah, Doktor kata bacaan BSP ok.
Semalam after amik darah 8.00 PM, sempat rasa rambutan 2 biji.
Tak tahan dibuatnya...

Terasa plak diri ni dah semakin berumur.
So ibu & bakal ibu sila jaga pemakanan anda yer.
Bukan sebab kantoi jer tau. Kesihatan kita & baby kena jaga jgak.
Jgn terlebih amik gula yer....biar berpada-pada.

You Might Also Like

4 comments

  1. Hehe..kelako akk baca..
    Tp mmg kan..act akk pun suka bnda yg manis2..hehe

    ReplyDelete
  2. tahniah..lama x update blog..ramai kengkawan dah pregy.. :)

    ReplyDelete
  3. Saya pon pencinta manisan dan chocolate.. next pregnant,kena berjaga-jaga sebab time tu dah masuk 3 series..huhuh..Take care ye mummy..kena pantang lebih sikit lah kan..

    ReplyDelete
  4. salam dik,

    seronoknya bila preggy lagi. memang best pengalaman tu.

    akak sangat setuju bab menjaga tubuh badan.
    pada akak persediaan untuk preggy tu sangat penting :p

    akak pun tengah sediakan tubuh untuk preggy lagi ni.
    hihihi doa2 je lah ye
    agak badan dah kuat dan bersedia baru senang nak preggy.


    ReplyDelete