Keropok Brokoli

10:19:00 AM





Muhammad Naqeeb memang kurang makan nasi.
Dari baby lagi susah betul nak makan nasi.
Makanya 10 bulan baru dia mula makan.
Sebabnya maknya malas, bila masak anak tak nak makan.
Haha. ke sebab mak masak tak sedap??

Bila makan bersama di meja makan.
Dia akan makan lauk & sayur sahaja.
Lepas habis jer lauk dia terus nak bangun basuh tangan.

Sayur yang paling suka adalah brokoli rebus.
Kadang-kadang 2 pokok brokoli tu dia sorang je makan.
Sampaikan papa kata 'Dah macam makan keropok brokoli dak Naqeeb ni?'
Nasi memang tolak tepi langsung.
Sepanjang malam tu makan brokoli sahaja.

Rasanya mama kena buat sesuatu.
Untuk pelbagaikan makanan macam pasta.
Parah mama!
si kakak nak makan nasi, si adik nak makan pasta.



 



You Might Also Like

1 comments

  1. Luar biasa tu, boleh makan brokoli saja, bijak la naqeeb tu!

    ReplyDelete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe