Resepi Puding Oreo

10:00:00 AM

Sebab saya tak pandai masak.
Kalau buat potluck saya lebih suka buat dessert.
Baking membaking lagi la failed!
Bolehla kan dari tak pandai langsung. haha.

Selalu suka sangat buat puding cocktail.
Raya kali tukar ke puding oreo pulak.
Alhamdulillah. Sedap & licin.
Yang kelakarnya ramai tanya resepi.

Sampai dah hafal tau resepi.
Resepi ni pun dapat dari google je.
Lupa dah sumber dari mana.
Yang sedapnya puding ni sebab ada campuran ice cream vanilla!


PUDING OREO

Bahan-bahan:
1 paket agar-agar tali 35 gram
1 tin susu cair
1500 ml air
100 gram gula (saya letak 10-12 sudu besar gula agak-agak jer)
2 biji telur
1 bungkus biskut Oreo
Aiskrim - perisa vanila (5/6 scoop)
sedikit esen vanila

Cara Penyediaan:

  • Basuh agar-agar tali kemudian masak bersama 1500 ml air diatas dapur dengan api sederhana.
  • Masukkan gula dan kacau perlahan-lahan.
  • Oreo dikisar dalam pengisar kering. (saya pecah/ramas guna tangan jer sebab blender masalah)
  • Kisar susu cair bersama aiskrim, telur dan esen vanila.
  • Bila agar-agar yang dimasak tadi dah larut sebati masukkan bahan yang diblend tadi (susu cair+telur+aiskrim) dan kacau perlahan hinga sebati.
  • Kemudian masukan oreo yang dikisar. Kacau lagi biar mendidih sekejap dan padamkan api.
  • Sejukkan di dalam acuan ataupun loyang
Selamat Mencuba semua!

You Might Also Like

1 comments

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe