#ootd Anak Bapak Raya Sedondon

1:18:00 PM

Baju raya sekeluarga tahun ni semuanya recycle baju wedding adik.
Dah namanya #rayasedondon.
Memang sedondon sangat. Cuma design masing-masing punya suka.

Mula-mula encik suami plan nak pakai jubah untuk raya pertama.
Tapi  saya paksa jugak pakai baju melayu.
Lagipun setahun sekali. Jubah dah hari-hari pakai ke surau.
Apa salahnya bersamping di hari raya pertama.

Ada yang tanya baju melayu ni tempah kat mana?
Ada pleated bagai.
Time wedding adik ni memang sekeluarga tempah kat Dzul Classique Boutique, Kajang
Dengan dak Muhammad pun sekali. Tapi tak de la nak pleated sebab kecik nau.

Songkok tinggi & samping si suami dah berusia 6 tahun.
Masih elok. Kata setahun sekali kan.
Songkok tinggi ni la yang dia pakai ketika akad nikah.
Alhamdulillah Songkok Buatan Malaysia masih elok.
Janji kena simpan dalam kotak lepas pakai.

Tahun ni beli songkok baru untuk Muhammad di Maroz AU3, Keramat.
Satu-satunya tempah shopping yang kitaorang pergi.
Tapi semata-mata beli songkok je.
Suami kata senang parking depan kedai. 
Memang berbaloi beli songkok untuk Muhammad,
sebab songkok tahun lepas dah macam belacan.
Sampai lunyai dia pakai.

Samping Muhammad pulak dah lama beli.
Yang sedihnya time wedding adik tahun lepas, mama boleh tinggal parcel kat ofis.
Makanya tak dapat la melaram dengan samping baru.
Raya kali dapatla si kecil bergaya dengan samping Umar.
Mama beli dari IG : Hello Thunder Kids https://www.instagram.com/hello.thunder.kids/


Oh lupa yang kasut raya pun mama beli time @instababyfest
Suka sangat pakai kasut superman & spiderman.
Sekali beli 2pasang RM50.
Memang berbaloi. Selesa & tahan lasak.
Mama beli dari IG : Alhuzna Baby Kids https://www.instagram.com/alhuznababykids/

Semangat raya si anak. Sampai ke petang masih berbaju melayu.
Walaupun dah mandi paksa tukar baju.
Tetap nak berbaju melayu.



 



You Might Also Like

1 comments

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe