Ibu Susuan

4:18:00 PM

Harini Isnin. Tak blues sgt arini.
Pagi2 dh menyiapkan kerja kerja tertangguh dari last week.
wehoooo!

Hows ur weekend?
Weekend without hubby. So mengekor jer la mana my parents pegi.
Last weekend Balik Kg. Sungai Buaya. Kampung sebelah mak. Tapi arwah atuk n nenek dah tak der. Just berkumpul adik beradik mak. Memang meriah. Belajar satu resepi. Nanti nak share resepi Wadai kiping.

Berbalik pada topik asal. Tentang Ibu susuan.
Kakak ipar saya adalah ibu susuan kepada Humairah.Kakak ipar sy susukan humairah masa sy dlm pantang lagi. And my SIL dh ade 4 org anak sekarang. Almost semuanya BF. Tapi yg no 3 tu half way sbb my SIL pregnant no 4 plak.

Saya juga berpeluang utk BF anak my SIL no3 Ajmal Wafiy and the latest baby Aisar Rafie.
My MIL yg galakkan supaya diaorg mcm adik beradik and tak batal air sembahyang.
Masa BFkan baby baru nie agak kekok sbb dah lama tak pegang baby. Yerla Humairah pantang offer dia dh pandai sendiri. hehe. Terlupa plak teknik BF yg sebenar.

Alhamdulillah diaorg sepupu sepapat mmg very close. Belum stop engine dh menjerit bila jumpa.

Semoga mereka membesar dengan sehat dan menjadi anak yang soleh & solehah.

Sedikit tentang Hum Ibu Susuan [Source ]

Syarat-syarat menjadi ibu susuan? Adakah 2 kali kenyang atau 5 kali kenyang? Adakah hukum berbeza sekiranya diberi secara terus menyusu badan atau di pam simpan di botol /disejukkan dan diberi.
Bagi mensabitkan seseorang itu anak susuan atau tidak, antara syaratnya ialah anak tersebut menyusu sekurang-kurang lima kali kenyang dan umurnya tidak melebihi dua tahun. Susu ibu boleh diberikan kepada anak secara terus atau dipam dan disimpan, kemudian berikan kepada anak tersebut.

Apakah hubungan anak susuan dengan anak-anak kandung ibu susuan ( yang bayi dan adik-beradik yang lain)?

Hubungan antara anak susuan dengan anak kandung ibu susuan adalah adik beradik sesuan, mereka tidak boleh kahwin sampai bila-bila samada yang masih bayi atau yang lain.

Apakah hubungan ibu kandung anak susuan dan anak-anak kandung ibu susuan?
Hubungan ibu kandung anak susuan dengan anak-anak kandung susuan adalah seperti orang lain juga iaitu saudara dalam Islam.



You Might Also Like

0 comments