Esok Cuti

12:05:00 PM

Entry tiada gambar.

Esok sy dah start cuti.
Wah! cuti mengalahkan org nak balik kelantan. Padahal raya rumah sendiri jer pun.
Insyallah raya ni parents in law & hubby's sibling akan menyambut Aidiladha di teratak kami.
Special tahun ni hubby buat korban lembu bersama penduduk kat situ.
Lagipun hubby cuti panjang. balas dendalm tak dapat cuti raya puasa aritu.

Aduhai....sgt risau sebab rumah masih byk yg tak lengkap.
Ampaian pun smua belum lg. Plan nak beli extra bed utk keselesaan nak tdo.
nasib beli katil byk free bantal.

Last week parents-in-law dh dtg siap hantar periuk belanga yg besar2.
Almaklumlah rumah 3 beranak. Baru nak hidup berumah tangga.
Mana ader periuk belanga besar2. setakat masak utk 3-4 org tu aderla.
Mana plak nak masak2 kat dapur aku yg comel tu. 

Yg plg merisaukan saperla nak masak byk2 ni.
Mahu pengsan aku! mak mertua aku mcm ajak adik beradik dia semua dtg.
Katanya nak masak nasi arab.

Ya Allah...permudahkanla urusan aku. 1st time ni nak handle semua ni.
takkan la aku nak biar mak mertua aku masak.Lgpun aku tuan rumahnyer. aku dah risau ni.
Masak biasa2 pun failed. ape lg nak masak utk ramai2.

Semoga semuanya dalam keadaan baik. 1st time nak jadi tuan rumah ni.
Ya Allah permudahkanlah urusan ku & suami. Semoga mereka selesa di teratak kami.

You Might Also Like

1 comments