Kitchen Bar & Bar Stool

4:24:00 PM

Pada awalnya tak terlintas langsung idea untukada kitchen bar pada dapur comel ini.
Idea nak wat simple giler sebab budget sgt ciput.
Kalo baca kat entry Vote for My KC Design, tak der langsung idea kitchen bar ni.
Tapi mmg idaman hati kalo ader dapur sendiri nak ade kitchen bar or island.
Tapi apakan daya...yang ade ni dah sangat2 bersyukur.

Idea dtg bila sy beli majalah Dapur. Terjatuh cinta dengan konsep dapur sebuah apartment by Unity Kitchen.
Kebetulan time tu Puan Kemn tgh rancak jgak share cerita dapur biru dia yg cantik tu.
Lagi membuak2 rasa nak ade jugak kitchen bar ni.
Alhamdulillah Unity Kitchen merealisasikan impian sy & hubby.
Ade juga beberapa contractor cakap tak bleh buat kitchen bar sebab ruang akan jadi sempit.

idea  kitchen bar Design by Unity Kitchen
Alhamdulillah sy & hubby puas hati bila dah siap.
Sgt tak sangka ader kitchen bar. Ruang utk berjalan pun ok jer. So far tiada masalah.
Ayah pun sgt suka sbb dia kata dulu nak wat camni. tapi kontraktor rumah tu salah buat.

Kitchen bar sy tak der la panjang sgt. Dalam 5 kaki jer. Ruang berjalan keluar masuk ader lagi 4 kaki.
Blehla untuk suami & isteri. Cik merah duduk jer dalam kerusi baby ikea tu.

my Ayah sedang membaca newspaper
Selain dari berfungsi sebagai bar kitchen.
Boleh juga dijadikan sebagai tempat simpan barang2 yang agak panjang.
Kirenye bukan sekadar tempat makan santai. Boleh jugak nak simpan barang2 dapur.
Macam sy lebih kepada simpan makanan and jajan. senang kalo ader order terus keluarkan jer. hehe.
Bar kitchen yg tinggi ni menyebabkan cik merah susah nak bukak dan susah amik jajan papa!

ruang simpan barang2.

Bar stool juga telah diborong kat Viva Home. Yehaaa!
Tapi rasa mcm mahal jer. Sebabnyer tak der masa sgt nak survey tempat lain.
Hubby's choice. Dah alang2 jumpa tu beli jer.  Kalo ikutkan hati nak simple jer.
Bak kata hubby, beli ikut keselesaan. alah membeli, menang memakai.

Wajah bar stool baru. color...black again.more comfort.
Tiadalah lg bar stool from ikea. Bar stool ikea tu berfungsi untuk panjat memanjat wardrobe and KC.
Bagus jgak fungsinyer. tahan pun tahan bar stool ikea ni.
Panjat nak pasang langsir pun pakai bar stool ikea jgak.

Bar stool IKEA
New Bar Stool

You Might Also Like

8 comments

  1. salam..cntiknya kitchen..blh tau bagitau brp kos KC ni ek?umah thn dpn siap,igat nk gak try Unity Kitchen.. :)

    ReplyDelete
  2. Bar stool baru tu sangat cantik. suke sangat.

    ReplyDelete
  3. cantiklah.. kemas... warna pun elegant..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. thanks dear :) warna basic. tak berani nak pilih warna pelik2 walaupun cantek.

      Delete
  4. waaaah bila tambah lighting nampak cantik gila macam rumah contoh laa! per lagi housewarming partaaaay laaa..hehe..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahahaha!kalo rumah contoh hari2 bleh wat housewarming. klo lalu...singgah ler rumah. aku jamu kerepek pisang k!

      Delete

IG @littlepearlheart

Followers

Creative By Two

Subscribe