HK Disneyland : Adventureland & Grizzly Gulch

11:58:00 AM

Ketika menjejakkan kaki ke HK Disneyland, kagum bila lihat kanak-kanak yg berpakaian ala-ala cinderella, snow white, mickey mouse. Tapi tak nampak pulak yang berpakaian seperti buzz lightyear. Patutla hubby tanya saya nape tak bawak baju mickey mouse humairah. Ish tak terpikirla plakkan. Lagipun baju mickey mouse humairah semua dah kecik. Dah jadi baju tidur pun.

The HK Disneyland consists of six themed areas
  • Main Street, U.S.A. 
  • Fantasyland
  • Adventureland
  • Tomorrowland
  • Grizzly Gulch 
  • Toy Story Land

Entrance....Train station

Tak sempat pun naik train ni gara-gara melayan karenah cikmerah meet the characters.

The first theme-land yang akan kita lalu is Main Street, U.S.A. Biasalah kat sinila tempat shopping souvenir & makan-makan. Selalunya dah nak balik baru singgah.



ADVENTURELAND

Patutla hubby kata adventureland ni mcm tak de ape2 sgt. Bagi sy pun agak tidak menarik. Tapi dah sampai, at least kita explore la jgakkan. Dapat jgak jumpa baby tarzan & tarzan.

Untuk sampai ke Tarzan Tree House tu kna menaiki rakit. Tiada aktiviti or games yg menarik pun. Just jumpa replika Encik Tarzan jer. Lebih kepada penceritaan lahirnya tarzan hingga dewasa. Humairah pun tak pernah tgk tarzan tu. Jumpa replika elephant jer yang wat cik merah teruja. Kat sini juga boleh rasa experienced naik Jungle River Cruise. Kejap jer kat sini. Tak der yg menarik sgt.









GRIZZLY GULCH

Grizzly Gulch ni merupakan new theme land at HK Disneyland. Macam ala-ala cowboy pun ader. Best jgak kat sini ade game tembak2 air. Kalo aku budak2 dah lama dh main banjir kat situ. Nasib sedar diri mak budak. Teringin jgak nak try Runaway Mine Ears. Ala-ala mcm roller coasters. Mcm menarik jer. Tapi bila dipikirkan takkan nak naik sorg2. Kalo naik berdua mana plak nak tinggalkan cikmerah.






Kat sini la first time Humairah jumpa sepasang Mickey & Minnie Mouse berpakaian ala2 cowboy. Hubby pun tak tahu pun ader tempat meet character kat Grizzly Gulch ni. Kebetulan time ktaorg excited nak beratur tu, staff dia bgtau next session is 12.30 pm. Time tu baru jam 12.00pm. So, hubby decide untuk lunch dulu. Hubby kata tempat lain pun ade Mickey & Minnie.

Punyerla terkejut nye sy & hubby bila Humairah mengamuk & menangis nak jumpa mickey mouse. Dah pujuk cakap kita makan dulu lepas tu baru jumpa mickey pun tak makan saman. Terus menangis nak jumpa mickey mouse. Aduhaila anak. Makan pun tak kenyang dok melayan cik merah meragam.

Lepas makan kitaorg patah balik ke Grizzly Gulch. Akhirnya dapatla kami menjejak kasih cik merah bersama mickey & minnie mouse. Seriously sy & hubby masih lg tak percaya bila tengok excitednye cik merah jumpa mickey & minnie. Siap peluk lama ok! Mcm peminat fanatic jumpa artis. Artis tu yer la manusia yg wujud di dunia ni. Nie plak mickey & minnie yg hanya ciptaan manusia semata-mata. 

Bila sy fikir-fikir balik, kuatnya pengaruh benda-benda mcm ni kepada kanak-kanak.


 
Photo ni kami print di Disneyland booth.

You Might Also Like

1 comments

  1. hehehe.. pandai dah humairah kenal karekter kayun2 ni kan.. anak2 me time kecik macam humairah takut dengan maskot2 ni.. dari jauh berani bila dah dekat menjerit : bestnye holiday ke sna..

    ReplyDelete

Precious Humairah

Followers

Creative By Two

Subscribe